Pelakon Hafeez Mikail menegur penyanyi Naim Daniel agar lebih berhati-hati dalam memberi pandangan dalam sesuatu isu. Difahamkan, dia berrasa kurang senang dengan tuduhan Naim kononnya ejen insurans mengambil kesempatan terhadap kematian Allahyarham Siti Sarah memberi gambaran mereka yang bekerja dalam bidang itu berniat jahat dan hilang nilai kemanusiaan.
Ujar Hafeez atau nama sebenarnya Muhd Hafiz Muhd Zaki, 29, Naim seharusnya lebih sensitif dengan bahasa yang digunakan agar tidak menggores hati orang lain. "Saya setuju dengan kenyataan Naim yang mengatakan jangan menggunakan kisah kematian Siti Sarah sebagai modal untuk bercerita tentang hibah atau insurans. "Tapi saya tak setuju dengan penggunaan bahasa yang digunakan Naim di hujung kenyataan itu iaitu 'korang memang hilang manusia dalam diri'.
"Bahasa itu tidak sesuai dan ia menampakkan yang ejen insurans ini macam jahat. Saya kenal dan percaya Naim seorang yang bijak... sepatutnya dia boleh guna ayat yang lebih sesuai," katanya kepada mStar. Sebelum ini, status Naim di Twitter memberi amaran kepada mana-mana ejen insurans agar tidak mengambil kesempatan terhadap kematian Allahyarham Siti Sarah mengundang rasa kurang senang Hafeez. Menerusi status tersebut, Naim menyifatkan pihak yang menggunakan modal kematian Allahyarham untuk bercerita mengenai hibah atau insurans tidak mempunyai nilai kemanusiaan dalam diri. Perkongsian pemilik nama Muhammad Naim Daniel Baharin itu membuatkan Hafeez yang kini bekerja dalam bidang insurans tampil berkongsi video seorang individu menjelaskan tindakan mereka berbuat demikian semata-mata untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.
|
bakingsoda: naem ni topinasi 2.0 nak ulas serba serbi
che-cikL replied at 12-8-2021 02:21 PM
Ok, lepas ni kita siap sedia pula satu thread yg mengetengah dan membincangkan retis lain pulak tida ...
RatuDunia94 replied at 12-8-2021 12:12 PM
Naim trying so hard utk bg justifikasi dhn ayat yg konon "boombastic" gitu.. hujung2 bape kerat je y ...
ADVERTISEMENT