|
Pemergian penyanyi Siti Sarah awal pagi Isnin lalu masih berbekas dan menginsafkan ramai orang apatah lagi buat rakan artis lain yang selama ini pernah bekerjasama dengannya.
Penyanyi terkenal Alyah misalnya, mengaku perasaannya ketika ini bercampur-baur ketika berdepan dengan realiti bahawa Siti Sarah sudah tiada lagi di dunia ini selepas berjuang melawan Covid-19. “Sunyi, sepi, suram, sayu dan kosong hati ini pada ketika ini. Mengharapkan kebenaran adalah mimpi. “Kebelakangan ini terlalu banyak berita kematian yang kita dengar. Masa kita juga bakal tiba. Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita,” tulisnya.
Kematian itu pasti dan semua manusia akan pergi bila tiba masanya kelak.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-2-2026 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.056556 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.