Musibah menimpa keluarga mendorong penyanyi, Nubhan Ahamad pantas menghulurkan bantuan apabila kakak, Faizah dan abang iparnya, Mohd Nor Hussin disahkan positif COVID-19 sejak 2 Ogos lalu.
Tambah menyentuh hati, ibu mentua dan adik ipar Faizah meninggal dunia akibat dijangkiti virus berbahaya itu, baru-baru ini. Menghulurkan bantuan selagi termampu, Nubhan yang juga suami kepada Dr Afifah Hidayah Tawfek, mengambil alih penjagaan empat anak saudaranya sepanjang tempoh kakak dan abang iparnya menjalani rawatan. "Daripada perbualan dengan kakak, hati ini jadi sayu dan sedih. Kakak bercerita mengenai ujian menimpa keluarga termasuk kehilangan ibu mentua dan adik ipar. Malah, kakak risau keadaan empat anaknya yang belum terkena wabak itu. "Kebetulan kami tinggal di lokasi berhampiran iaitu di Seremban, saya menawarkan diri untuk menjaga anak-anaknya.
"Lagipun, saya rapat dengan mereka. Anak-anak saudara kalau datang rumah saya memang tidak mahu balik ibaratnya," katanya kepada BH Online. Nubhan yang popular dengan lagu Ada Untukmu percaya mana-mana keluarga akan cuba membantu jika salah seorang daripada ahlinya ditimpa musibah apatah lagi dalam penularan COVID-19. "Saya tidak sanggup melihat dan melalui ujian yang dihadapi kakak dan suaminya. Saya harap mereka akan terus kuat dan sembuh seperti sedia kala. "Setakat ini, kakak saya tidak perlu risau keadaan anak-anaknya. Insya-Allah, saya dan isteri akan menjaga mereka dengan baik," kata anak bongsu daripada lapan beradik itu. Tambah bapa kepada dua anak ini, ada beberapa saudaranya turut positif COVID-19. "Pak cik dan mak cik saya positif wabak itu. Sama juga sepupu di Kuala Lumpur. Ada antara mereka melakukan kuarantin kendiri di rumah selain hospital. "Memang wabak jahat ini semakin mengganas. Diharapkan kita lebih berhati hati. Semoga kita semua terus berada dalam lindungan-Nya," katanya. Sumber: BH Online
|
bakingsoda replied at 12-8-2021 12:14 PM
bila positive beramai2 ahli keluarga ni hilang husnuzon aku
bakingsoda replied at 12-8-2021 12:14 PM
bila positive beramai2 ahli keluarga ni hilang husnuzon aku
bakingsoda replied at 12-8-2021 12:14 PM
bila positive beramai2 ahli keluarga ni hilang husnuzon aku
talapia replied at 12-8-2021 01:01 PM
ramai je yg positive 1 keluarga.. termasuk mak bapak.. kebanyakan tu.. yang tinggal dekat2 dengan pa ...
Managerara replied at 12-8-2021 01:23 PM
Dah 1 famili..buat ape nak husnuzon??
Xpayahla nak lurus sgt ikut sOp xjumpa famili padahal kes t ...
Managerara replied at 12-8-2021 01:23 PM
Dah 1 famili..buat ape nak husnuzon??
Xpayahla nak lurus sgt ikut sOp xjumpa famili padahal kes t ...
me12345 replied at 12-8-2021 12:29 PM
Cane beramai2 positive satu family..kebetulan ke? Semoga cepat sembuh
Managerara replied at 12-8-2021 01:23 PM
Dah 1 famili..buat ape nak husnuzon??
Xpayahla nak lurus sgt ikut sOp xjumpa famili padahal kes t ...
ADVERTISEMENT