Masih lagi orang bercerita tentang pemergian Siti Sarah. Sejak arwah meninggal, pelbagai kisah istimewa keluar mengenainya.
Satu Malaysia berduka, sejak berita mereka sekeluarga dijangkiti Covid-19 ramai yang mendoakan sampailah bayinya selamat dilahirkan. Malah rata-rata ahli ulama dan pendakwah menyifatkan pemergian Allahyarham Sarah yang meninggal dunia selepas melahirkan anak,tergolong dalam syahid ketiga, iaitu syahid akhirat. Menurut Murai.my, terdapat beberapa tanda syahid dapat dilihat. Antaranya Tanah perkuburan dipenuhi dengan orang ramai dan media.
Ramai juga rakan artis yang mengenang kebaikan Sarah ketika hayatnya dan antaranya Datin Rebecca. Menurutnya ketika keluarga Rebecca berada dalam saat genting ketika disahkan positif Covid-19, arwah Sarah sungguh-sungguh mencari nombor telefonnya untuk bertanya khabar serta menyarankan khidmat doktor yang dikelainya. Walaupun tak pernah jumpa dan kenal rapat namun Sarah tetap hulurkan bantuan. Selain itu seperti dipetik dari Murai.my, semasa jenazah dikeluarkan dari van, cuaca panas terik tiba-tiba pula betukar jadi mendung seolah-olah memudakan urusan pengebumian. Selesai dikebumikan, ketika itu juga langit kembali cerah dan tatkala semua beransur pulang, kawasan itu hujan serta-merta. Wallahualam. Al-fatihah buat Siti Sarah Raissuddin. -CARI |
ADVERTISEMENT