CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

5 Pemimpin Dunia Paling Gagal Urus Covid-19!

13-8-2021 09:32 AM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 3097| Komen: 8|Original author: Oleh: akubujang

Bila pandemik berlaku, barulah nampak belang semua orang. Pemimpin yang dulu disanjung pun nampak memang 'tak boleh pakai'! 

Jom kita tengok lima pemimpin dunia yang dianggap paling gagal menangani Covid-19 di negara masing-masing. Agak-agak, Malaysia termasuk dalam senarai tak? 



1- Narendra Modi, India 


India memang dikenali ramai sebagai antara negara paling teruk dilanda wabak Covid-19. 

Pada Mei 2021, 400,000 kes baru setiap hari dilaporkan, katil hospital tidak mencukupi dan frontliners semua kepenatan.

Tapi, pada Januari 2021, Modi dengan yakin berkata, India menyelamatkan seluruh dunia sebab berjaya mengekang Covid-19.


2- Jair Bolsonaro, Brazil 



Brazil juga antara negara teruk terjejas sebab Covid-19. Bolsonaro malah tidak percaya Covid-19 satu wabak serius dan menganggapnya seperti selesema biasa saja.

Dia siap masuk campur cara Kementerian Kesihatan Brazil buat kerja dan mengisytiharkan perniagaan sebagai "penting" dan perlu dibuka semasa pandemik.

Sebab dialah, Brazil jadi penghasil beberapa varian Covid-19 yang bahaya, misalnya varian P.1 yang sangat mudah berjangkit.
 

3-  Alexander Lukashenko, Belarus


Ketika seluruh dunia mula melaksanakan sekatan untuk mengekang Covid-19, Lukashenko tidak berbuat apa-apa. Dia siap dakwa kalau minum vodka, lawat sauna dan bekerja di ladang tidak akan membuat seseorang dijangkiti koronavirus. 

Disebabkan konfiden sangat, dia disahkan positif Covid-19 pada musim panas 2020, ha baru tahu! 

Itu pun tetap tak nak vaksin, hanya kurang 3% penduduk Belarus sudah divaksin. Kalau dah kepala negara tak percaya vaksin, memang tak boleh nak buat apa-apa lah kan? 


4- Donald Trump, Amerika Syarikat


Ketika Trump menjadi presiden AS, memang tidak banyak tindakan berasaskan sains diambil untuk mengekang Covid-19 di sana. 

Dia membiarkan saja berita palsu tentang Covid-19 dan vaksin bermaharajalela sampai AS menjadi antara negara paling teruk terjejas sebab wabak tahun lepas. 

Akhirnya, dia kalah pilihan raya, barulah AS memperbetulkan semua usaha melawan Covid-19. Siapa kata tukar pemimpin tak beri kesan apa-apa? 


5- Andres Manuel Lopez, Mexico


9.2% pesakit Covid-19 meninggal dunia di Mexico, antara negara paling tinggi kadar kematian disebabkan virus berbahaya ni. 

Pada permulaan pandemik, Lopez juga hanya berdiam diri, siap berarak ke seluruh negara berkempen. Tidak cukup dengan itu, dia pun berkeras enggan memakai pelitup muka.

Hasilnya, wabak mengganas dan hospital tidak dapat menampung pesakit. Nasib baik sekarang keadaan semakin baik, 10% penduduk Mexico sudah divaksin. 



Kalau membaca penjelasan serba ringkas ini, macam tidak ada banyak beza pun dengan Malaysia kan? Mungkin senarai yang diterbitkan TheConversation ini perlu dikemas kini.

Siapa anda nak masukkan dalam senarai ni? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lazim 13-8-2021 09:33 AM
abahcow
Quote lurve82 13-8-2021 09:39 AM
Mcm xcaya plak pemimpin negara ni xde dlm tu..tp ye la..thn lpas elok jgk la kawal..start prn sabah hancusss..
Quote ellejo 13-8-2021 09:41 AM
tu kata ko. cuba tanya negara belarus tu. aman2 saja kehulu kehilir takde fefeeling tumbang tepi bank.

and besides, covid ni expose fragile system. mcm healthcare malaysia. populasi penduduk yg padat tapi hospital tak cukup. private hospital pulak hmmmmm malas nak ratib.
Quote lurve82 13-8-2021 09:45 AM
Narendra modi tu aku baca kat mana ntah smpi pentaksub dia anggap dia tuhan..
Quote Ayda89 13-8-2021 10:07 AM
Sekarang betul2 jaga diri pegi klinik pun aku taknak kalau boleh. Covid di mana2
Quote nakkomenjugak 13-8-2021 10:40 AM
macam ada yang hilang dalam list ni
Quote green~tea 13-8-2021 10:43 AM
Segagal abah pun, heols expedite vaccination program...

Dia buat unpopular decision about MM2H, utk menyekat developer menaikkan harga property sesuka hati, sewaktu property overhang..
Quote green~tea 13-8-2021 10:44 AM
No doubt gomen abah tak strong... tp sapa je yang layak jadi pm skang ni? Any other candidates? Puak2 semburits???

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.049106 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top