|
Timbul persoalan di kalangan peminat apabila melihat bintang bola sepak juga penyerang prolifik, Neymar bertambah berat badan mendadak. Pemain pasukan Paris Saint-Germain (PSG) itu kini menjadi bahan jenaka dalam kalangan peminat di media sosial apabila beberapa gambar menampakkan perutnya yang agak boroi itu tular.
Malah, ada netizen menggelar Neymar kini mengandung ketika musim panas. Mereka juga bimbang bagaimana Neymar mahu mengejar bola dengan berat badan begitu. "Harap Neymar beraksi untuk liga kali ini," antara komen netizen. Apapun, keadaan fizikal Neymar yang berubah sejak awal Ogos menimbulkan kerisauan apabila aksi Ligue 1 sudahpun bermula. PSG juga telahpun menewaskan Estac Troyes 2-1 Ahad lalu. Sekadar info, sebelum ini rakan sepasukan Neymar di Brazil. Willian turut mengalami isu berat badan hingga mendapat banyak kecaman ramai pihak. Sumber: Gempak
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.048885 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.