Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terbabas di Lebuhraya Karak, siang tadi. Kemalangan berlaku kira-kira jam 10 pagi tadi, di Kilometer 49.2, Lebuhraya Karak arah Kuala Lumpur, berhampiran Hutan Lipur Lentang, Bukit Tinggi, Pahang. Siasatan awal polis mendapati, motosikal berkuasa 1000 CC jenis BMW ini dipercayai hilang kawalan sebaik melalui satu selekoh tajam. Lalu melanggar besi penghadang lebuhraya menyebabkan penunggangnya tercampak dan maut di tempat kejadian. Kemalangan itu turut menyebabkan motosikal mangsa terseret sejauh 20 meter sebelum terbakar. Mangsa dikenali sebagai Alif Lee Soon Han, 38 tahun, berasal dari Bandar Damansara, Kuantan, Pahang. Alif sebelumnya berkonvoi bersama empat lagi rakannya dari Kuantan menuju ke Pusat Peranginan Genting Highlands. Mayat dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 - TV9 lagi gambar
|
9
Bagus |
7
Marah |
6
Terkejut |
3
Sedih |
4
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
batman_2007 posted on 25-11-2013 09:52 AM
Selain dri hobi mnunggang motorbike gini. Apa lg yg ada dlm fikiran mereka ye
saladin780 posted on 25-11-2013 10:14 AM
mau menunjuk2 mungkin
lady_bonia posted on 25-11-2013 10:17 AM
Moto superbike ni memang la laju..kalau sape2 yg ati panas tu xboleh ikot perasaan la..berpada2la..i ...
ADVERTISEMENT