Selepas mencetuskan kekecohan hingga dikecam menunggang agama baru-baru ini, jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida tampil memberi penjelasan. Malah, dia sebelum ini juga menggunakan nama Siti Sarah Raisuddin yang meninggal dunia Isnin lalu ketika mempromosikan produk makanan. Tegasnya, dia tidak berniat menggunakan nama Allahyarham bagi mempromosikan perniagaan, sebaliknya hanya menceritakan semula rancangan bersama mereka. "Ramai menghentam saya..Mungkin ramai yang hanya membaca tajuk tanpa dengar penjelasan saya. Tapi Alhamdulillah ramai juga yang faham.
"Saya maafkan semua..Di awal tahun islam ini, saya merayu marilah sama-sama kita berubah kearah kebaikan, mencontohi amalan dan kebaikan arwah," tulisnya. |
ADVERTISEMENT