CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kek Jadi Lempeng, Pekerja Terduduk Berpuluh Kek Cair Chiller Rosak

13-8-2021 01:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6462| Komen: 29

Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan apabila melihat puluhan kek rosak dan cair gara-gara peti penyejuk (chiller) mengalami masalah.

Begitulah perkongsian seorang wanita berhubung insiden itu menerusi video di aplikasi TikTok yang mendapat lebih 900,000 tontonan dalam masa kurang 24 jam.




Siti Norashikin Yakob memberitahu, kejadian disedari selepas dia membuka kedai kek di tempatnya bekerja di Johor Bahru, Johor, sekitar pukul 9 pagi Rabu.

Pekerja berusia 25 tahun itu berkata, chiller yang menyimpan hampir 30 kek mengalami kerosakan pada petunjuk suhu dan kerugian dianggarkan kira-kira RM2,000.



"Masa tutup kedai pada Selasa, chiller tu okay lagi. Bila buka kedai, suhu indicator pada chiller tersebut mengalami masalah menyebabkan kesemua kek cair dan rosak.

"Kek sepatutnya disimpan di bawah suhu 5 darjah Celsius, tapi suhu chiller naik hingga 70 darjah Celcius. Bila dibuka rasa panas, terutama apabila pegang besi di dalamnya.

"Waktu buka chiller tu saya terduduk, rasa nak menangis dan tak terkata. Saya maklumkan berkenaan insiden kepada bos dan rakan-rakan sekerja," katanya kepada mStar.



Lebih mesra disapa Shikin, katanya, kejadian itu bukan pertama kali berlaku sebaliknya insiden pada Mei lalu juga disebabkan masalah penunjuk suhu.

"Tapi waktu itu kami dapat kesan lebih awal. Kedai pun masih dibuka dan beroperasi. Kek-kek berkenaan masih boleh diselamatkan lagi kerana kejadian berlaku kurang dari dua jam.

"Kita ada chiller lain untuk dipindahkan sementara. Kita buang krim pada kek dan memperbaikinya semula," ujarnya yang berkhidmat di kedai kek itu kira-kira dua tahun.

Namun gadis yang berasal dari Johor Bahru itu berkata, kesemua kek tersebut tidak dapat diselamatkan dan majikan memutuskan untuk membuangnya.



Shikin menyiapkan sebiji kek.

"Masa tengok semua kek hancur, saya nak menangis sebab ada seorang pelanggan nak datang ambil kek yang ditempahnya, pada pukul 10 pagi dan lima lagi tempahan di sebelah petang.

"Malangnya, kesemua kek tidak dapat diselamatkan kerana kita tidak tahu berapa lama ia terdedah. Bos buat keputusan untuk buang saja kek-kek itu," katanya sambil menambah tempahan sebiji kek yang sepatutnya diambil pada waktu pagi terpaksa dibatalkan pelanggan.

Susulan perkongsian video berhubung kejadian itu, Shikin menyedari segelintir netizen mempersoalkan kenapa kek berkenaan tidak disedekahkan atau dimakan sahaja.

"Kami tidak tahu berapa lama semua kek tu terdedah. Dari segi bau, memang dah lain... rasanya apatah lagi. Keadaan kek juga dah hancur dan tak elok.

"Dikhuatiri kalau makan sakit perut atau keracunan. Kita tidak mahu dari hendak bersedekah, tapi bila ada keracunan atau alahan akan memburukkan keadaan," katanya sambil menambah penunjuk suhu yang rosak telah ditukar dengan yang baharu.


Foto kiri majikan Shikin (kanan) bersama suami, manakala foto kanan Shikin (tengah) bersama rakan-rakan sekerja.

Menurut Shikin, dia dan rakan-rakan sekerjanya bersyukur mempunyai seorang majikan yang tenang dan memberikan sokongan kepada para pekerja.

"Menguji kesabaran kerana nak buat kek ni bukan sekejap, prosesnya mengambil masa. Bos kata berlapang dada, insyaAllah ada rezeki lain.

"Kami masing-masing buat semula kek dari mula. Alhamdulillah, kami dapat menyiapkan semula tempahan dalam tempoh antara tiga dan empat jam. Satu pengalaman yang tidak dijangka buat kami dan diharapkan ia tidak berulang lagi,” katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote evlinne 13-8-2021 01:32 PM
Netizen ni pun
Sikit2 suruh derma wpun makanan dah rosak
Patutlah selalu orang kebajikan uruskan pakaian derma tu marah2
Sbb netizen ni suka derma sependa koyak dah ada stain najis kuning lah, kutang tercabut besi lah, baju mcm kain lap bagai
Bongok btul netizen pemikiran camni
Quote mama_neko 13-8-2021 01:49 PM
kesian... sbb tu la pentingnya preventive maintenance.. tambah menega kek kek ni.. lari temperature sikit pun dah rosak segala cheese and cream
Quote alieyrina 13-8-2021 01:52 PM
Bg free pun xmau la wey..tah bakteria apa membiak..keracunan makanan 1 bala pulak nak menanggung..agak2 lah
Quote Ayda89 13-8-2021 02:19 PM
Sapa la yg bongok cadangkan suruh bagi orang tu. Nak suruh orang keracunan ke. kalau aku jadi boss pun mmg tak sampai hati la nak bg orang kek dah cair macamtu
Quote nakkomenjugak 13-8-2021 02:38 PM
iol faham kejadian sebegini
tapi iol lagi tak faham sape bagi idea bodoh sedekah kek dah cair apa kemende segala bakteria dah mula bersarang tu?
Kalau bagi ko, ko nak makan ke???
kek bajet rm10 hengget tapi expect secret recipe tu pun orang dah humban ke tong sampah, ini kan pulak kek rosak gitu.
Quote ajinomotonosuga 13-8-2021 02:38 PM
evlinne replied at 13-8-2021 01:32 PM
Netizen ni pun
Sikit2 suruh derma wpun makanan dah rosak
Patutlah selalu orang kebajikan uruskan p ...

Spende dah mcm roti jala

Panties de darah kering

Baju lobang sana sini

Yg penting niat nk sedekahhhh

Tu laa aku ckp mesian ni bongok

Ko soang je ke nak rasa baju baru? Pi bli yg dlm plastik lai..pi cari gelandangan..pi pakaikan dia..haaaa tu baru btui

Ni baju da berlobang dia campak je kat gelandangan...sarban jubah hijab..ptuihhh
Quote msel 13-8-2021 02:41 PM
Tak berapa gemar kek warna terang2 macam tu. Banyak betul pewarna.
Quote Nana_Man 13-8-2021 03:18 PM
Teroknye lah yg suggest suruh sedekah. Benda dah rosak.
Quote Kitty_catz 13-8-2021 04:45 PM
Susulan perkongsian video berhubung kejadian itu, Shikin menyedari segelintir netizen mempersoalkan kenapa kek berkenaan tidak disedekahkan atau dimakan sahaja.

kut meols, suh deme dtg amek la, nak sangat barang free kan, tp kut ceri beri tu sendiri tanggung lah
Quote Carcosa 13-8-2021 08:40 PM
Ehh si bodoh yg suruh dermakan kek meleleh2 tu, suruh dia cekik dulu. Boleh tak? Sumbat ke tekak dia.
Bodoh gila
Quote gigahertz 13-8-2021 11:29 PM
mama_neko: kesian... sbb tu la pentingnya preventive maintenance.. tambah menega kek kek ni.. lari temperature sikit pun dah rosak segala cheese and cream

kat sini kita dah tau siapa majikan siapa pekerja.
yang mesin tu adalah majikan sebenarnya
{:run
Quote RatuDunia94 13-8-2021 11:39 PM
Literally.. Literally
Quote any42 14-8-2021 01:44 AM
aduhai ade ke sruh sedekah. klau bg kek kt org yg sruh sdekah tu nk tgk sanggup mkn ke tidokkkkk
Quote Burong_Hantuk 14-8-2021 03:19 AM
Tapi kan,ramai sbnrnya Bakers Beli oven Dan chiller second hand sbb budget
Quote Lengkong 14-8-2021 08:47 AM
Dah rosak teruk nak sedekah apanya
Quote Eva_yy_Ellin 14-8-2021 01:16 PM
Makanan yang dah rosak mana boleh sedekah netizen Malaysia oi.
Itu ibarat menjadikan penerima tu tong sampah. Dah sah-sah kek tu dah rosak dan tak boleh dimakan. Rosak bukan jadi lempeng je, ni pakej rosak dengan segala bakteria ada.

Sikit-sikit nak sedekah. Kena faham apa maksud sedekah tu. Nak sedekah benda yang elok, bukan benda dah rosak yang boleh memudaratkan
Quote ayorsuam 14-8-2021 02:25 PM
Kat TT memang ada 1 penyakit sel-sel otak tak berhubung. Penjual soya buang soya rosak, disuruh sedekah, penjual jus alpukat buang jus alpukat disuruh sedekah. Dah penjual tu buang, mestilah ada sebabnya. Takkan la sesaja nak buang modal dalam parit. Orang buang bunga kat cameron disuruh sedekah...dahtu kau yg nak tanggung kos logistik segala-mala kos hantar bunga ke bawah?
Quote edayildiz 14-8-2021 03:53 PM
sapa yg ceredik suh sedekah kek yg dh rosak
nak sedekah kena bg brg yg herlok dan kita syg yach..baru byk pahala
Quote Jemahjemah1988 18-8-2021 09:38 PM
Bukan rezeki redha lah..

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.127708 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top