Panas di media sosial sejak beberapa hari lalu apabila seorang pengguna TikTok, Abdullah Jamadi mengakui tidak mengambil vaksin kerana mahu membuat eksperimen. Jelasnya, semua ahli keluarganya sudah divaksin kecuali dirinya.
Katanya, dia mahu membuat pemerhatian kepada diri sendiri sekiranya dijangkiti Covid-19 kerana mahu merasa sendiri bagaimana sakitnya. "Sekiranya dijangkiti Covid-19, saya boleh mengaplikasikan rawatan alternatif kepada diri sendiri. "Sekiranya keluarga terkena Covid-19 walaupun dah divaksin, saya nak tengok kebarangkalian jangkitan terhadap diri sendiri sekiranya tidak divaksin," katanya.
Katanya, dia berbuat demikian memandangkan semakin ramai divaksin, semakin tinggi kes jangkitan dan kematian harian. Pengakuannya membuat orang ramai marah kerana pemikirannya yang 'bodoh' itu. Ada di antara anda berfikiran sama seperti abang ini? - CARI
|
mclaren replied at 13-8-2021 02:09 PM
Setelah baca pasal kes2 kat negara ni dan a few negara2 luar, satu PERSAMAAN yang menyebablan kenai ...
ADVERTISEMENT