Kampung pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 dari China, Quan Hongchan dilaporkan terpaksa ditutup kepada orang luar susulan terdapat ramai pihak menyerbu kampung tersebut sehingga melanggar peraturan sekatan Covid-19, lapor Badan Penyiaran British (BBC) baru-baru ini.
Menurut laporan media tempatan, kampung atlet berusia 14 tahun yang terletak di wilayah Guangdong itu diserbu orang ramai yang ingin merakam gambar demi untuk mendapatkan bilangan ‘likes’ yang banyak bagi kandungan media sosial mereka. Mereka turut berkumpul di situ sehingga selepas waktu tengah malam untuk membuat penstriman secara live serta merakam video. Malahan ada antara pengunjung yang bertindak memanjat pokok untuk mendapatkan sudut pemandangan yang lebih jelas serta mengambil buah nangka sebagai cenderahati. Selain itu, ada juga yang berani mengetuk pintu rumah Hongchan untuk bergambar bersama ahli keluarganya.
“Jika orang ramai pergi ke rumahnya semata-mata untuk mendapatkan pengikut media sosial, itu amat teruk. “Ibu Hongchan sedang sakit. Dia tidak seharusnya diganggu,” kata seorang pengguna Weibo. Hongchan mula menjadi sensasi internet selepas cerita mengenainya yang ingin memenangi pingat emas di Olimpik kerana mahu membantu keluarga serta mengumpul wang bagi merawat ibunya yang sakit menjadi liputan media secara meluas sehingga menyentuh hati ramai pihak. Selepas kemenangannya dalam acara 10 meter platform individu wanita, banyak pihak di China tampil menawarkan pelbagai bantuan serta hadiah termasuk wang tunai, makanan ringan, mesin permainan, perkhidmatan perubatan serta tawaran tiket kemasukan ke zoo dan taman hiburan percuma seumur hidup. Bapanya bagaimanapun dilaporkan menolak hadiah-hadiah wang tunai dan berterima kasih kepada sikap bermurah hati para penderma. Sumber: Kosmo
|
Bapanya bagaimanapun dilaporkan menolak hadiah-hadiah wang tunai dan berterima kasih kepada sikap bermurah hati para penderma.
dua_chzy replied at 13-8-2021 06:36 PM
Bijak! Nothing is free.
Btw muka si Hong Chan ni very der Borneo hutan ala2 stoden lelaki men ...
kechikchomel replied at 13-8-2021 10:04 PM
Memula tgk muka dia pun iolss igt dia jantan. Skali tgk acara pompuan
TOPwind replied at 13-8-2021 10:14 PM
LEPAS NI mSIA KENA HANTAK BUDAK2 BUAT TERJUN - BUDAK2 NI BADAN KECIK SO AIR TXK PERCIK BESAR
JIKA ...
ADVERTISEMENT