Pagi semalam, pelawak dan pelakon popular, Shuib memuat naik sebuah lagu nyanyian terakhir arwah isterinya, Siti Sarah di saluran YouTube Shuib Channel. "Lagu terakhir nyanyian BIDADARI KU: 28 JULAI 2021" tulisnya ringkas. Rakaman video berdurasi 3 minit 16 saat itu memaparkan arwah Sarah lengkap bertelekung solat dengan penuh perasaan melantunkan lagu berjudul Tanpa Kekasihku, nyanyian asal Agnez Mo. Menurut Shuib, dia berkongsi semula rakaman video itu di channel YouTube kerana risau jika video itu hilang dari simpanannya. "Jadi saya abadikan di dalam channel ini. Ini lagu terakhir nyanyian arwah pada 28 Julai 2021.
"Arwah yang beriya-iya minta saya rakam dia menyanyi, ternyata semasa saya rekod video ini, saya merasakan satu perasaan yang sangat-sangat lain. "Cara pandangannya, cara nyanyiannya, cara arwah luahkan hati dan perasaan ketika menyanyikan lagu tersangat istimewa," tulis Shuib. Tambahnya lagi, lirik lagu terbabit juga membawa makna tersendiri dalam kehidupannya kini. "Bila diamati bait lirik, ternyata ada sesuatu arwah cuba sampaikan.. InsyaAllah arwah kini tenang di syurga," tambahnya. Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah ditonton lebih 900 ribu kali dan mendapat 3,156 komen sejak dikongsikannya di YouTube pada pagi Jumaat. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Diharapkan Shuib lebih tabah dalam mengharungi hari-hari mendatang demi anak-anak. - CARI |
Bunga88: Aku tak tau nape ada soft spot kat soeb ni. If that is his way dealing with his griefs right now, let him be…
Ieqa140388 replied at 14-8-2021 01:10 AM
Setuju. Biarlah die grief care die.
Nozot replied at 14-8-2021 01:19 AM
yup tapi tak perlu buka thread banyak-banyak kat sini..
akuHavocczz replied at 14-8-2021 01:56 AM
Tak jadi masalah pun shuib nak post pasal arwah wife dia.. yang jadi masalah sekarang.. yang dok rep ...
jajahoney replied at 14-8-2021 01:38 AM
sedih sangat lagu ni
btw agnes mo? mana monica nya...dah tukar nama ek
anakjiran replied at 14-8-2021 01:35 AM
biarlah soeb nak kongsi pun... yg nak meluat dah kenapa, takyah main socmed lah kalau hati nak buruk ...
ADVERTISEMENT