Seorang pelakon Tamil, Sunder Ramu hanya memerlukan 30 janji temu lagi bagi melengkapkan sasaran sebanyak 365 pertemuan dengan golongan wanita di negara ini.
Sunder yang merupakan penari profesional dan jurugambar sudah bertemu dengan 335 wanita sejak beberapa tahun lalu. Dia yang pernah mendirikan rumah tangga dan akhirnya bercerai menjelaskan janji temu itu diadakan bukan mencari jodoh mahupun pasangan hidup. Namun, tindakannya itu lebih kepada memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai hak wanita di India. “Saya sememangnya adalah seorang lelaki yang romantik. Saya mencari cinta setiap hari, namun, idea di sebalik 365 pertemuan bukan hendak mencari pasangan hidup,” katanya kepada BBC di rumahnya di Chennai.
Sunder berkata, dia berkongsikan kisah setiap kali pertemuan dengan golongan wanita dalam Facebook. Dia pernah membuat janji temu dengan seorang nenek berusia 105 tahun, pemungut sampah di apartmen, paderi berusia 90 tahun, pelakon, model, aktivis serta ahli politik. “Saya membesar dalam suasana golongan wanita dihormati dan dilayan baik. Malah, saya pergi ke sekolah yang tiada diskriminasi jantina baik lelaki atau wanita. “Namun, sebaik melangkah keluar, saya mula sedar bagaimana wujud jurang yang besar antara jantina dan ia adalah kejutan budaya besar buat saya,” jelasnya. -CARI Sumber: Utusan/BBC
|
edayildiz replied at 14-8-2021 03:22 PM
yg pakai baju biru tu ke?
midori_katana replied at 14-8-2021 04:45 PM
Ku tidak memerlukan kata2 untuk memahami maksudmu!
damsel_fiji replied at 14-8-2021 04:43 PM
klu tgk citer tamil pelakon lelaki mmg hauk2 muka kebanyakan..tp yg pompuan lawa2 pulak
ADVERTISEMENT