|
Keadaan kesihatan ibu pelawak Achey iaitu Ngaisah Hassan, 72, menunjukkan perkembangan positif selepas berdepan situasi mencemaskan pada Jumaat.
Menurut Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 35, paras oksigen dalam badan juga semakin stabil dan kini berada di wad biasa. "Setakat ini, keadaan mak yang saya tahu, dia ok dan kuat. Keadaan dia semakin baik termasuk kadar oksigen dia. Alhamdulillah dia masih dalam keadaan sedar. "Tidak dimasukkan ke ICU atau ditidurkan... cuma kadang-kadang demam. Dia pun tak boleh nak ke mana-mana dan mungkin tertekan la kot. Saya tengah cari jalan untuk hubungi mak saya. "Saya pun tak ada dapat nombor telefon jururawat di situ. Apa yang saya boleh buat, hanya hubungi talian yang berhubungi ke kaunter wad sahaja," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.
Ibu ahli kumpulan Bocey ini dimasukkan ke Hospital Segamat, Johor pada 3 Ogos lalu selepas disahkan positif Covid-19.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
21-2-2026 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.152116 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.