|
Sesiapa yang ada anak kecil atau baru dapat bayi waktu zaman Covid-19 ni mesti perasan perkembangan mereka agak terjejas. Ingatkan ini tanggapan semata-mata, tapi rupanya memang ada kesan kena kurung waktu Covid-19 terhadap perkembangan IQ anak-anak kecil dan bayi ya.
Satu kajian dibuat Brown University di Amerika Syarikat terhadap 672 kanak-kanak mendapati perkembangan kepandaian dan kongnitif mereka terjejas teruk disebabkan banyak menghabiskan masa di rumah kerana pandemik. Kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah paling teruk terjejas, disebabkan hanya duduk di rumah dengan ibu bapa yang tertekan dengan pandemik. Ibu bapa yang tertekan akan ada masalah interaksi dengan anak-anak mereka menyebabkan perkembangan kanak-kanak terbantut. Walaupun, saintis masih tak tahu kesannya kepada anak-anak kecil ini, mereka menjangkakan kesannya akan dilihat dalam beberapa tahun lagi. Sebelum pandemik, IQ bayi dan anak-anak kecil sekitar 100 dan akan berkembang bila mereka besar dengan syarat persekitaran mereka baik. Tetapi, untuk anak-anak yang lahir dan menghabiskan banyak masa di rumah kerana Covid-19, IQ mereka didapati hanya sekitar 78 sahaja! Menakutkan tak? Apa aktiviti anda buat dengan anak-anak di rumah supaya perkembangan tak terbantut? Jom kongsi! -CARI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.047449 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.