CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Padam Semua Gambar Free Hair Dalam Telefon, Fieya Julia Kini Bertudung

15-8-2021 03:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7113| Komen: 40

Sudah lama menyimpan hasrat mengenakan hijab, akhirnya penyanyi Fieya Julia tampil dengan imej menutup aurat.

Menurut Fieya atau nama sebenar Nur Syafiyah Sejali, 21, dia mengubah penampilannya itu atas kerelaan diri kerana mahu menjadi seorang muslimah yang lebih baik.


"Saya mula mengenakan tudung pada Jumaat lalu. Sebelum ni saya memang teringin nak bertudung tapi rasa belum bersedia kerana risau keputusan itu akan mengganggu perjalanan karier.


Kredit foto:  IG


"Sekarang ini saya dah tak kisah, saya pilih untuk terus bertudung dan mahu berubah ke arah yang lebih baik. Sejujurnya, awal-awal sebelum buat keputusan berhijab, ada sedikit rasa bimbang tapi saya anggap ini dugaan dan kena terus kuat.


"Inilah masanya untuk saya persiapkan diri dengan hal agama... kalau orang tanya apa sebab saya bertudung, memang susah nak terangkan tapi itu la hakikatnya. Apa yang saya lakukan ini adalah atas kemahuan saya sendiri," katanya kepada mStar.



Sementara itu, Fieya berkata dia sudah memadam gambar-gambar lamanya di media sosial termasuklah dalam simpanan telefon bimbit.

Dalam masa sama, penyanyi lagu Perasaanku ini mengakui dirinya menjadi lebih tenang selepas mengambil keputusan mengenakan hijab.



"Saya dah padam semua foto yang ada di media sosial... malah gambar dalam telefon bimbit pun saya padam supaya tak rasa tergoda dengan gambar lama. Saya tak mahu simpan gambar freehair.

"Selepas bertudung ni saya rasa lebih tenang setiap hari. Sebelum ini saya agak tertekan, tapi sekarang ini saya rasa lebih bersemangat dan positif.

"Saya suka dengan suasana sekarang ini, akhirnya saya dapat capai impian saya untuk terus bertudung dan doakan saya istiqamah dalam mencari keredaan Allah," ujarnya.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missbigrockstar 15-8-2021 03:35 PM
Sorry tak kenal tapi kucing tu comey
Quote imanjannah 15-8-2021 03:38 PM
comel sangattttt kucing tu, maaf dik akak tak kenal ko, tapi benda yg baik akak sokong, moga istiqomah
Quote edayildiz 15-8-2021 03:40 PM
xkenal penyanyi ke ni? tp pernah tgk nama ni somewhere..kalau dlm talipon xyah padam pun xpe rasanya kan..kat ig tu awk archive jah dik..i pun gambar xberapa menutup kt ig i archive jah..
Quote Lengkong 15-8-2021 03:43 PM
Alhamdulillah
Quote chekacheku 15-8-2021 03:44 PM
Semoga istiqomah
Quote shernazz 15-8-2021 03:47 PM
Walaupon wgo are yous
Tapi iols doakan agar isitqomah saja dan baik2 aja
Quote kiah_mai_pulak 15-8-2021 03:50 PM
baguslah…. semoga istiqomah
Quote nakkomenjugak 15-8-2021 03:57 PM
alhamdulillah
moga istiqomah
whoareyussss
bye
Quote cmf_premierleag 15-8-2021 04:09 PM
whoareyuss???
Quote Qwertyuiop2019 15-8-2021 04:15 PM
cmf_premierleag replied at 15-8-2021 04:09 PM
whoareyuss???

Hahaha fieya julia yg nyanyi lagu sedap tu, Perasaanku.

Semoga artis2 ni istiqomah hendaknya. Amin
Quote sharlenetexas 15-8-2021 04:17 PM
Who r yusss?

Kucing tu comel.

Quote cmf_premierleag 15-8-2021 04:36 PM
Qwertyuiop2019 replied at 15-8-2021 04:15 PM
Hahaha fieya julia yg nyanyi lagu sedap tu, Perasaanku.

Semoga artis2 ni istiqomah hendaknya. A ...

ok thanks for the info
i baru dgr kt spotify.ok not bad the song
talented gak la dia ni
Quote Nenasketum 15-8-2021 04:49 PM
Saper plak nih? Bagiler klu macam lagu apa ke, drama apa ke
Quote alien88 15-8-2021 04:50 PM
alhamdulillah..
Quote makadek 15-8-2021 04:52 PM
Tutup aurat dn solat gak dek..
Apa pn taniah
Quote gideoncross 15-8-2021 04:55 PM
Pndapat iol sma mcm kat atas2, x knal tpi kucing tu cute.
Quote misuke 15-8-2021 04:56 PM
Alhamdulillahh.harapnya istiqomah la..
Quote awenda507 15-8-2021 04:59 PM
Alhamdulillah. .smga lps ni blh tutup aurat dgn lbh sempurna ye dik.amin3
Quote Kurex 15-8-2021 05:04 PM
Pakai tudung pun boleh jadi gosip.. lain la dia pakai tudung demi nak tutup lovebite dekat leher

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.061528 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top