CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menanti Zuriat Sejak 10 Tahun, Nurse Maninggal Dunia Akibat Covid-19 Selepas Lahirkan Anak

15-8-2021 04:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13367| Komen: 122

Kota Bharu: Seorang jururawat yang juga hamil meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Sultan Ismail Petra dekat Kuala Krai, semalam.

Norfaizah Mohamed Nor, 34, menghembuskan nafas terakhir pada 3.02 pagi.


Difahamkan, wanita berkenaan yang menungggu kehadiran anak sulungnya sejak 10 tahun, sebelum itu terpaksa melahirkan zuriat itu secara pembedahan ketika kandungan berusia 26 minggu.


Foto: Harian Metro

Wanita itu dijangkiti Covid-19 kategori lima dipercayai daripada pesakitnya.

Bayi wanita itu kini ditempatkan di unit rawatan intensif neonatal (NICU) untuk rawatan lanjut.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin mengesahkan jururawat itu meninggal dunia akibat Covid-19, semalam.

Beliau berkata, Allahyarham adalah jururawat di Hospital Gua Musang dan seorang petugas yang berdedikasi.

"Jenazah wanita itu dikebumikan di Kampung Lembaga, dekat Gua Musang," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nini_azmi 15-8-2021 02:43 PM
Salam takziah. Besar pengorbanan frontliner.
Semoga syurga buat arwah
Quote Kurex 15-8-2021 02:45 PM
Yg politaik sibuk pasal kuasa
Quote Suchi 15-8-2021 02:46 PM
Sedihnya baby dia pun kecik sgt tu 26 minggu harap baby kuat.
10 tahun tunggu lama tu
Baca komen misi lain katanya arwah belum vaksin lagi, hospital kekurangan staff ke? Sian yg pregnant dan berisiko ni pun kena jaga pesakit covid juga ya
Sebelum ni misi yg kat labuan tu pun meninggal berjangkit ngn pesakit juga.
Tu pun mengandung sulong juga
Quote che-cikL 15-8-2021 02:47 PM
Inna lillahi wa Inna ilaihi rajiuun....

Sepuluh tahun penantiannya, tumpang simpati kepada seluruh ahli keluarga.

Quote darkness 15-8-2021 02:49 PM
Ya Allah..aku tak tau mcmna nak cakp...
Quote mrsamz 15-8-2021 02:51 PM
Suchi replied at 15-8-2021 02:46 PM
Sedihnya baby dia pun kecik sgt tu 26 minggu harap baby kuat.
10 tahun tunggu lama tu
Baca komen ...

Ada baca tadi arwah ni dah penah kene covid bulan 2 haritu..so mayb masa frontliner semua dpt vac around bulan 3 tu dia takleh amek vac kot sbb baru2 lepas kene covid..lepas tu pregnant plak..kalau ikut 26 minggu preggy ni maknanya dia conceived around feb or march tu la..so kkm plak masa awal2 aritu tak benarkan 1st trimester amek vac..sekian hasil spekulasi aku berdasarkan komen2 fb..
Quote naina 15-8-2021 02:53 PM
Kesiannya..
Simpati dengan nasib suami dia
Anak dah lahir isteri pula meninggal
Al-fatihah
Quote Lengkong 15-8-2021 02:55 PM
Innalillah hiwainnailaihiroijiunm..salam takziah

Quote manzilla 15-8-2021 02:59 PM
Marilah kita sama-sama menggembirakan taliban vaksin dengan "Kalau beliau dah vaksin, mesti masih hidup."
Quote Supersirap 15-8-2021 03:00 PM
Salam takziah kepada keluarga mangsa
Quote Suchi 15-8-2021 03:01 PM
mrsamz replied at 15-8-2021 02:51 PM
Ada baca tadi arwah ni dah penah kene covid bulan 2 haritu..so mayb masa frontliner semua dpt vac  ...

Masa 1st kena tu dia belum pregnant lagi la ye? Lagipun sblm ni sapa yg merancang pregnant pun tak digalakkan amik vaksin juga kan.
Adik iols mujur dapat tau pregnant sblm dia g amik vaksin so kena set temujanji baru.
Sbb dia blm cukup 14 minggu lagi.
Sian mak buyung skrg semua takut dan risau semoga semuanya dilindungi.
Quote edayildiz 15-8-2021 03:02 PM
Inna lillahi wa Inna ilaihi rajiuun

sedihnya baca 10 thn tgu nk dpt anak..hrp2 anknya sht..mak toxic yg sng mengandung patut bersyukur yach..ni main beranak jer pastu xreti jaga ank..
kak km yg gedik gedut tu pun patut insaf..mengandung elok2 asyik abort jah..7 - 8 kali..pastu blh pulak senang2 mengandung lg....
Quote kalchi 15-8-2021 03:03 PM
Edited by kalchi at 15-8-2021 03:05 PM
mrsamz replied at 15-8-2021 02:51 PM
Ada baca tadi arwah ni dah penah kene covid bulan 2 haritu..so mayb masa frontliner semua dpt vac  ...


Maksud nya ibu mengandung mgu awl2, tu mmg x dibagi ccucuk lgsg ke. Bukan bulan jun aritu dah dikata safe wlpn 1st trimester?
Quote mrsamz 15-8-2021 03:16 PM
kalchi replied at 15-8-2021 03:03 PM
Maksud nya ibu mengandung mgu awl2, tu mmg x dibagi ccucuk lgsg ke. Bukan bulan jun aritu dah di ...

Masa memula prog vac awal tahun aritu kkm tak bagi vac utk 1st trimester..baru2 ni je la masa jun july ni baru bagi tu pun masih byk doktor2 kat ppv yg tak dpt info betul dok rejek ibu2 mengandung bawah 13 minggu ..masa tu susah betul nak dpt vac siap kene bawak surat lah buku mengandung lah..padahal org tu dah ada appointment kat mysj patut bagi je la pun
Quote cap_ayam 15-8-2021 03:19 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun. InshaAllah rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh.
Quote naina 15-8-2021 03:27 PM
mrsamz replied at 15-8-2021 02:51 PM
Ada baca tadi arwah ni dah penah kene covid bulan 2 haritu..so mayb masa frontliner semua dpt vac  ...

Ya..cucuk kena 14-33 weeks pregnant je. So aku rasa memang tak sempat completekan dose dah kena covid. Arwah ni jadi bahan antivak kat FB tu. Semua tanya Frontliner kenapa tak vaksin lagi awal2. Tah pape.
Quote naina 15-8-2021 03:29 PM
mrsamz replied at 15-8-2021 03:16 PM
Masa memula prog vac awal tahun aritu kkm tak bagi vac utk 1st trimester..baru2 ni je la masa jun  ...

Ye sebab bawah 14 weeks janin belum lengkap anggota. Atas 14 weeks dah lengkap tinggal nak mmbesar je..haritu aku ada dengar doktor cakap masa kat ppv. Ada ibu 13 weeks tak dibenar vaksin.
Quote imanjannah 15-8-2021 03:30 PM
innalillahwainnalillhirojiun..
Quote TOPwind 15-8-2021 03:30 PM
sepatuynya yg peknen tu beri je cuti

Lihat semua komen(122)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.106967 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top