Sebilangan pengguna pil Viagra mengaku mereka mengalami kesan sampingan selepas beberapa tahun mengambil ubat perangsang tersebut termasuk mengalami masalah pendengaran, lapor akhbar The Sun semalam.
Sembilan penduduk Britain mendedahkan bahawa mereka mengalami beberapa kesan sampingan selepas menggunakan pil itu sejak lima tahun lepas. Selain kurang pendengaran, tiga mangsa mengakui mereka mengalami priapisme, iaitu keadaan yang mana zakar menjadi tegang selama berjam-jam dan disertai rasa sakit. Malah, dalam kes paling buruk zakar individu tersebut terpaksa dipotong. Bekas ketua majalah dewasa, Hugh Hefner turut dilaporkan menjadi pekak akibat terlalu banyak mengambil pil Viagra sebelum meninggal dunia pada tahun 2017.
Secara keseluruhan, sebanyak 543 kesan sampingan berkaitan pil Viagra atau versi generiknya, sildenafil telah dikenal pasti. Antara aduan yang dibuat oleh mangsa termasuk muntah-muntah, pengsan, kembung perut, sakit belakang, kekeliruan dan hilang ingatan. -CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT