CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kesemua Tiga Antivaksin- Ibu, Bapa, Adik Maut Dalam Tempoh Seminggu

16-8-2021 09:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5640| Komen: 26

Cardiff: Gara-gara terpengaruh dengan antivaksin, seorang lelaki di Wales mendakwa kehilangan ibu, bapa dan adiknya dalam tempoh seminggu selepas mereka memilih tidak mahu divaksin.


The Guardian melaporkan seorang cef, Francis Goncalves, 43, mengatakan dia percaya bapanya, Basil, 73, dijangkiti ketika di hospital.

Ibunya, Charmagne, 65, dan adiknya, Shaul, 40, dijangkiti virus itu selepas ketiga-tiga menghadiri makan malam bersama-sama.

Dia mengatakan ketiga-tiganya yang tinggal di Portugal sebelum ini menolak peluang diberi vaksin.


Kredit foto: Agensi

Goncalves mengatakan dia berharap perkongsian pengalamannya itu dapat mendorong orang ramai supaya mengambil suntikan vaksin.


"Mereka terjebak dalam banyak propaganda antivaksin.

"Mereka menjadi mangsa antivaksin yang menakutkan orang.

"Mesej yang ingin disampaikan kenapa pemerintah ingin menyakiti anda dengan memberi anda vaksin? Apakah tujuan di sebalik itu? Saya bercakap dengan ramai orang yang berasa takut dengan vaksin dan ini mengorbankan nyawa," katanya.

Cef itu berkata, ibu bapanya mempunyai sejarah masalah kesihatan, tetapi adik lelakinya orang yang amat sihat.

Dia percaya, ketiga-tiganya boleh selamat sekiranya menerima suntikan vaksin.

"Sekiranya dia tidak bersenam di gimnasium atau berlari, dia (adik) berjalan-jalan. Dia tidak mengambil minuman keras selama 15 tahun dan melakukan diet berasaskan tumbuhan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote che-cikL 9-8-2021 11:21 PM
Simpati, tapi dah tua2 gitu, so?

Apalah sangat kalau  nak dibanding  bbrp kes anak2 bawah umur belasan tahun di Malaysia yg jadi yatim piatu akibat Covid-19.
Quote CARI-MRO 16-8-2021 09:00 AM
Cardiff: Gara-gara terpengaruh dengan antivaksin, seorang lelaki di Wales mendakwa kehilangan ibu, bapa dan adiknya dalam tempoh seminggu selepas mereka memilih tidak mahu divaksin.


The Guardian melaporkan seorang cef, Francis Goncalves, 43, mengatakan dia percaya bapanya, Basil, 73, dijangkiti ketika di hospital.


Ibunya, Charmagne, 65, dan adiknya, Shaul, 40, dijangkiti virus itu selepas ketiga-tiga menghadiri makan malam bersama-sama.


Dia mengatakan ketiga-tiganya yang tinggal di Portugal sebelum ini menolak peluang diberi vaksin.




Kredit foto: Agensi




Goncalves mengatakan dia berharap perkongsian pengalamannya itu dapat mendorong orang ramai supaya mengambil suntikan vaksin.


"Mereka terjebak dalam banyak propaganda antivaksin.


"Mereka menjadi mangsa antivaksin yang menakutkan orang.


"Mesej yang ingin disampaikan kenapa pemerintah ingin menyakiti anda dengan memberi anda vaksin? Apakah tujuan di sebalik itu? Saya bercakap dengan ramai orang yang berasa takut dengan vaksin dan ini mengorbankan nyawa," katanya.


Cef itu berkata, ibu bapanya mempunyai sejarah masalah kesihatan, tetapi adik lelakinya orang yang amat sihat.


Dia percaya, ketiga-tiganya boleh selamat sekiranya menerima suntikan vaksin.


"Sekiranya dia tidak bersenam di gimnasium atau berlari, dia (adik) berjalan-jalan. Dia tidak mengambil minuman keras selama 15 tahun dan melakukan diet berasaskan tumbuhan," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote airfilterkotor 16-8-2021 09:09 AM
Syukurlah pocit Serbia duduk dalam gua takde infra tenet 5G.
Quote Fortiori02 16-8-2021 09:31 AM
Takziah kpd keluarga nya
Quote nakkomenjugak 16-8-2021 09:53 AM
RIP to the fam.
Quote salmon-suki 16-8-2021 10:05 AM
Unik nama bapak dia,Basil..hehehe

Btw,apa kata antivax semua?ke diam tak berkutik jah?tak nak mati sbb vax,tp nak mati sbb covid?
Quote primarikey 16-8-2021 11:45 AM
salmon-suki replied at 16-8-2021 10:05 AM
Unik nama bapak dia,Basil..hehehe

Btw,apa kata antivax semua?ke diam tak berkutik jah?tak nak mat ...

Mati itu pasti...semua org akan merasai mati...klu dh sampai masanye...vaksin ke, tak vaksin ke...akan mati jgk...
Takyah la nk obses sgt dgn vaksin..

Gitewww...komen acik2 antivac
Quote binipopeye 16-8-2021 11:50 AM
ckp padan muka akibat memilih jd antivaksin kang ade plak merempan xpuas hati

so condolences jer lah.... rest in peace memang tak lah org kafir
Quote CikYaYaYa 16-8-2021 12:43 PM
Si sohaii hantu gigi xnak bagi sepatah dua kata ke..? biasa diaa sukaaa sangat kan mencapub bila ad berita kematian orang yang dah vaksin
Quote dua_chzy 16-8-2021 12:45 PM
Gitu la. Survival of the fittest.

Kalau tak mati kerana vaksin, mati kerana covid.
Quote mclaren 16-8-2021 12:46 PM
salmon-suki replied at 16-8-2021 10:05 AM
Unik nama bapak dia,Basil..hehehe

Btw,apa kata antivax semua?ke diam tak berkutik jah?tak nak mat ...

Kawan saya (Malaysian) dulu pun nama Basil jugak. Macam not uncommon. Tapi tak lah common macam Alex, James, Steven semua tu.
Quote darkness 16-8-2021 12:51 PM
Rippp....
Quote kakakko 17-8-2021 09:43 AM
primarikey replied at 16-8-2021 03:45 AM
Mati itu pasti...semua org akan merasai mati...klu dh sampai masanye...vaksin ke, tak vaksin ke... ...

Macam boleh ternampak2 je komen camni bila baca komen uols..
Quote che-cikL 17-8-2021 09:52 AM
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1264324&mobile=2

Done report juga.
Quote tipahketipung 17-8-2021 07:02 PM
Meantime in Msia... antibaks buat2 lena.
Quote noor2 17-8-2021 07:03 PM
Gemoks sangat pun....
Quote zasrfikri 17-8-2021 07:17 PM
antivaks mmg teruk pun.  kesian keluarga laki nie.
Quote Chessman 17-8-2021 07:22 PM
Varian baru ni sangat ganas. Kalau orang dah vaksin pun seksa teruk nak lawan apatah lagi yang belum vaksin. Kalau tak ada allergic yang teruk kepada ubat disarankan ambil lah vaksin tu. Untuk kebaikan diri juga. Tak salah berusaha sehabis baik sebelum bertawakal. Takziah kepada keluarga yang kehilangan ni
Quote likilu 17-8-2021 11:13 PM
Macam mana seseorang tu dilabel anti when u make it optional and you don't even have enough supply for everybody

Conspiracy betul

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.042146 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top