CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pendapatan Merudum, Tak Boleh Bayar Sewa- Atu Zero Tutup Kedai

16-8-2021 09:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3171| Komen: 17

Pelakon dan pelawak Atu Zero, 29, mendedahkan dia kini dalam pertimbangan menutup kedai perniagaan kek lapis dan butiknya di Setia Alam, Selangor selepas semakin terbeban membayar sewa premis itu.


Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif mengakui dia sebenarnya berat hati untuk melepaskan premis terbabit, namun itu saja cara terbaik buat masa ini demi mengawal kewangannya.

Foto: IG


Menurutnya, perniagaan kek lapis bersama isterinya Shafeeqa Johari, 35, itu masih akan diteruskan tetapi hanya beroperasi dari rumah saja.

"Memang sayang rasanya apalagi kedai itu sudah kami ubah suai serta sewanya agak berpatutan. Namun begitu, buat masa ini memang kami semakin terbeban untuk membayar sewa bulanannya.


"Kami pun sudah memaklumkan kepada pemilik premis itu untuk memberi laluan kepada penyewa baharu yang lebih berkemampuan jika ada. Kami dengan rela hati sudi melepaskannya.

"Buat masa ini, kami akan tengok keadaan dulu bagaimana tapi kemungkinan besar memang terpaksa menutupnya. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, pendapatan kami merosot serta masih perlu bayar komitmen lain seperti rumah dan kereta," katanya.




Atu mengakui buat masa ini dia perlu mengawal belanja apalagi industri hiburan masih dilarang untuk beroperasi. Justeru, banyak hal perlu dipertimbangkannya sebelum dapat dibenarkan kembali bekerja semula kelak.

"Kali terakhir saya terbabit aktiviti seni adalah menerusi Muzikal Lawak Superstar 2. Selepas itu, bila PKP 3.0 memang sudah tiada pekerjaan selain perniagaan kek lapis dan butik berkenaan.

"Meskipun pendapatan jual kek lapis masih ada, tapi perniagaan makanan lain tak dapat dijalankan di premis itu kerana larangan makan di dalam kedai. Justeru, kami berfikir untuk menutupnya saja," katanya.


Dalam pada itu, Atu mengakui terharu apabila mendapat kata-kata sokongan daripada Ustaz Ebit Lew yang menyuruh mereka untuk tidak berputus-asa.

"Beliau ada juga menyatakan keinginan untuk membantu perniagaan kami. Namun begitu, kami meminta beliau lebih baik dulu membantu program pengurusan jenazah yang kami jalankan di Kudat, Sabah," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cik_jantung 16-8-2021 09:10 AM
Ya atu.. semua pun terkesan. Masih panjang lagi kesan covid ni..
Quote bulalof 16-8-2021 09:12 AM
bagai mana lah nasib peniaga2 yg lebih kecil skalanya?

siapalah yg melihat, mengambil tau dan membantu?
Quote akies 16-8-2021 09:14 AM
Moga dipermudahkan urusan selepas ini.
Jual kek lapis secara online shj, tk perlu bayar kos sewa kedai
& macam2 lagi.
All da best
Quote kelapaparut 16-8-2021 09:14 AM
uel ni ade di merate2 tempat, dimane ade ape2 yg boleh mpopularkan dia, disitu dia berada..
Quote cekgihani 16-8-2021 09:17 AM
Jual dr rumah pn ok. Jimat kos sewa, letrik, air. Blh la jual murah skit. Kos pos buyer tanggung.
Quote Fortiori02 16-8-2021 09:26 AM
Bila ekonomi ok balik nnt, mana tahu ada rezeki buka kedai semula, jgn patah semangat.
Quote dusunmind 16-8-2021 09:50 AM
insya-Allah. ada rezeki sudah dijanjikan Allah.
Quote nakkomenjugak 16-8-2021 09:52 AM
moga bertabah
boleh start dari rumah dulu untuk sementara ni
Quote miminn 16-8-2021 09:58 AM
semoga dipermudahkan urusan
Quote cik_ingeniare 16-8-2021 10:09 AM
Moga dipermudahkan urusan.. better buat atas talian.. lagi mudah buat dekat rumah
Quote belacan_gurl 16-8-2021 12:03 PM
bulalof replied at 16-8-2021 09:12 AM
bagai mana lah nasib peniaga2 yg lebih kecil skalanya?

siapalah yg melihat, mengambil tau dan mem ...

Yg peniaga kecil x rasa sgt kot..masih survive....rakyat mmg masih membeli ..xde mcm pkp tahun lepas org duduk umah je...malah aku tgk byk muncul peniaga kecil buka kat tepi jalan...dorg xyah byr sewa semua ...yg restoran mmg nmpk byk tutup..
Quote jfq 16-8-2021 12:04 PM
Terkejut scroll down tgk rambut menggerbang
Quote lasagna 16-8-2021 12:05 PM
ramai terkesan kan, bkn golongan artis jer, semua skali terkesan.
insyaAllah Atu, ada rezki boleh buka kedai semula ya..
Quote RatuDunia94 16-8-2021 12:21 PM
bulalof: bagai mana lah nasib peniaga2 yg lebih kecil skalanya?siapalah yg melihat, mengambil tau dan membantu?


Kat tempat iols mostly dh bungkus. Baru pg td iols lalu ada sebuah kedai gunting rambut yg laku keras sebelum PKP pun bungkus. Dh keluarkan barang kedai naik lori.
Quote anony-mous 16-8-2021 12:24 PM
bulalof replied at 16-8-2021 09:12 AM
bagai mana lah nasib peniaga2 yg lebih kecil skalanya?

siapalah yg melihat, mengambil tau dan mem ...

Peniaga kecil still survive. Pacak je khemah kat mana2. Yg kesian yg ada kedai mcm ni. Tax payer mostly
Quote Meiizu 16-8-2021 12:55 PM
Takpe..boleh buat kat rumah atau sewa kitchen je.sewa kedai mahal sgt byk belanja
Quote cha-cha 16-8-2021 12:59 PM
Alaaa rambut anak2 nya curlycurl kiutnyaaa
Wife dia yang first pkp dulu volunteer jahit PPE for frontliners kan?

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.112870 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top