Cuaca panas melampau di sebuah bandar kecil di Floridia, Itali menyebabkan siput yang terkenal di kawasan terbabit mati terbakar di dalam kulitnya.
Gelombang panas yang turut melanda negara tersebut dan kawasan sekitarnya mencapai tahap kemuncak, lapor The New York Times. Sekiranya disahkan badan antarabangsa, suhu terbabit berkemungkinan direkodkan sebagai suhu paling tinggi pernah dicatatkan di Eropah. Keadaan panas ini menyebabkan permukaan tanah menjadi panas sehingga menghalang siput daripada bergerak, seterusnya menyebabkan ia mati terbakar di dalam cengkerang masing-masing. Cuaca panas turut menyebabkan pokok lemon yang ditanam petani mati, begitu juga dengan pokok oren.
"Keadaan amat teruk bagi semua orang, bagi pekerja, dan pokok-pokok. "Kerosakannya amat teruk...Kita bukan bercakap mengenai cuaca panas yang berlaku sehari atau beberapa hari, tapi berbulan," kata Mario Pignato, seorang buruh. Keadaan cuaca panas ini dilihat antara amaran mengenai risiko berterusan perubahan cuaca yang perlu ditangani dunia. -CARI Sumber: mStar Online
|
najib888 replied at 16-8-2021 09:24 AM
Agak2 la wartawan wei.. 124 darjah celcius!! Tu dah over level utk sterilization instrumen pembedaha ...
najib888 replied at 16-8-2021 09:24 AM
Agak2 la wartawan wei.. 124 darjah celcius!! Tu dah over level utk sterilization instrumen pembedaha ...
Samerosie replied at 16-8-2021 09:22 AM
Agak2 la reporter mstar ni 124 degree celsius bukan setakat siput, manusia pun mati. Mesti reporter ...
ADVERTISEMENT