CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Setiap Pergerakan Muhyiddin Yassin Jadi Tumpuan Hari Ini!

16-8-2021 09:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1561| Komen: 8

Pergerakan Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menjadi tumpuan rakyat Malaysia khususnya petugas media susulan perkembangan politik semasa negara.

Perdana Menteri ketika dibawa keluar dari kediamannya di Bukit Damansara pada 7.42 pagi ini dilihat melambai ke arah petugas media yang sudah berada di sekitar kawasan itu sejak awal pagi.

Beliau kemudian tiba di bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada 8.07 pagi, dijangka untuk menghadiri mesyuarat khas Kabinet.


Foto: Harian Metro

Turut kelihatan tiba di bangunan itu, kenderaan-kenderaan membawa Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun.

Di Putrajaya, Muhyiddin yang tiba di bangunan Perdana Putra itu melambai ke arah petugas media yang berkumpul sejak 7 pagi.

Turut kelihatan kenderaan-kenderaan yang membawa Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang tiba di bangunan itu.

Menurut Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali semalam, satu mesyuarat khas Kabinet akan diadakan pada Isnin (hari ini) tanpa memperincikan agenda pertemuan berkenan.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dilaporkan berkata, Muhyiddin dijangka membuat satu pengumuman khas hari ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fofuler 16-8-2021 10:06 AM
Pengunduran secara terhormat. Tak payah gaduh2 jatuhkan. Tapi aku risau juga siapa bakal amik alih ni. Semua macam tak boleh pakai je. Sembang untuk rakyat padahal untuk poket sendiri.
Quote Buritan 16-8-2021 10:12 AM
fofuler replied at 16-8-2021 10:06 AM
Pengunduran secara terhormat. Tak payah gaduh2 jatuhkan. Tapi aku risau juga siapa bakal amik alih n ...

Tu laaa.. aku lebih riso penggantinya ajoo.. seko seko muke songlap aje.. tup tup jeming naik.. abisss
Quote kotakominami 16-8-2021 10:14 AM
Skang dah ade petande kurang pesakit kovid admit icu di klang dan mungkin tempt tempat laen jugak.....jgn ade pasni yg claim sebab dia ambik alih kuasa cobid turun...memang hawau lah...
Quote cikanggun 16-8-2021 10:14 AM
Moga takde drama masuk spital sbb cirbir lah sblm tender resignation tu. Kau ni ular bukan bleh percaya pon
Quote harkktuih 16-8-2021 10:15 AM
beriya memasing ckp wak nk resign sekali wak drama jumpa YDPA nak cepatkan sidang parlimen sajerr...
Quote nakkomenjugak 16-8-2021 10:24 AM
dah boleh buat vlog dah abah.
Hari ni last saya jadik piyem. jangan lupa subscribe, on noti bell yada3
Quote imransulaiman 16-8-2021 11:16 AM
Abah dah letak jawatan...
Quote Orix 16-8-2021 11:18 AM
imransulaiman: Abah dah letak jawatan...


Dh official ke

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.187352 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top