CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sharifah Rose Benci Dibandingkan Dengan Orang Lain

16-8-2021 01:59 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 8392| Komen: 51|Original author: Oleh: Saiful

Sharifah Rose benci bila dibandingkan dengan orang lain.

Pelakon itu menyatakan perasaanya selepas ditanya oleh pengikutnya tentang perkara yang membuatkan dia berasa kurang senang dan cara bagaimana dia menangani masalah tersebut.



Foto: IG
"Saya tidak suka dibandingkan dengan orang lain. Perbuatan itu membuatkan saya berasa kurang dihargai.

"Apabila orang bercakap tentang kekurangan saya pada wajah atau sesuatu pada anggota badan saya, saya sebenarnya terlalu memikirkannya. Sebab saya sendiri akan sedar perubahan pada badan saya,"katanya.

Tambah Rose dia akan menangani masalah tersebut dengan bercakap dengan ibu bapanya.




"Sekurang-kurangnya boleh melegakan hati. Sejujurnya saya fikir media sosial memainkan peranan dalam hal ini apabila pengguna mempunyai standard kecantikan mereka tersendiri.

"Jika anda tidak memenuhinya, anda akan rasa kurang dihargai."



Pelakon Kekasih Hati Mr. Bodyguard itu juga kata dia bersyukur kerana dilahirkan sempurna dan akan menggunakan kesempurnaan itu untuk membantu orang lain.

Malah Rose jug menganggap krtikan yang diterimanya adalah satu perkara yang biasa dan untuk menghilangkan tekanan, dia akan membaca buku motivasi.




"Sebagai manusia biasa, saya menganggap ia adalah ruang untuk belajar daripada kesilapan dan memperbaiki kelemahan diri. Saya juga belajar untuk tidak menerima bulat-bulat kritikan tersebut sebaliknya tapis komen-komen berunsur negatif dan dapatkan sokongan daripada keluarga serta kawan-kawan yang lebih mengenali diri kita."

Ada yang tak sabar nak tengok Rose berlakon lagi? Walaupun digelar kayu, harap Rose jangan mudah putus asa okay? -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bukannasigoreng 16-8-2021 02:11 PM
Gosipnya mana ye?
Quote sharlenetexas 16-8-2021 02:49 PM
Setelah diamati rupa paras sheols sama seperti leluhur lain. Takdelah hype sangat. Tiada perempuan yang tak cantik.

Quote Kurex 16-8-2021 02:54 PM
Tua muka kau ni.. persis pompuan lewat 20an
Quote Kurex 16-8-2021 02:55 PM
Ooo sepol.. patutlah benang sampah.. sesampah artis yg dia selalu bukak benang tu
Quote lyshafull 16-8-2021 02:57 PM
Dh ko pun kerja guna socmed bila kene bndg tetiba insecured .. then find a real job but realitinya x setimpal dgn bayaran instafamous la
Quote mendeluk 16-8-2021 04:46 PM
Industri malaysia makin lama makin hauk dgn kehadiran orang pilih dari bakat followers……..

Dulu nak join mcm dr semua okay lah. Dia ini dgn hawa pun so-so je aku tengok. Takde aura.
Quote bankerpencen 16-8-2021 05:50 PM
sharlenetexas replied at 16-8-2021 02:49 PM
Setelah diamati rupa paras sheols sama seperti leluhur lain. Takdelah hype sangat. Tiada perempuan y ...

Tengok muka dia takde mekap, biasa sangat sangat. Tu insecure kot. Cantik sebab makeup semata-mata.
Quote Whitepinkrider 16-8-2021 06:11 PM
dah tu ape.. next.. ko belakon pn mcm lauk.
Quote LadyCarefree 16-8-2021 11:49 PM
bankerpencen: Tengok muka dia takde mekap, biasa sangat sangat. Tu insecure kot. Cantik sebab makeup semata-mata.


Betul. Makeup tiga kilo tambah filter lagi.


Quote LadyCarefree 16-8-2021 11:49 PM
Whitepinkrider: dah tu ape.. next.. ko belakon pn mcm lauk.



Lauk pon ok kalau sedap. Tp kalau hauk, memang hampeh la.
Quote MakcikLaksa 17-8-2021 01:28 AM
Dia ni mmg xlawa mana pn.. Acik suka tgk gigi dia je
Quote NEmma 17-8-2021 01:48 AM
Kalau dari awal mmg muka yg dipertaruhkan, mmg la senang nak insecure.. Sbb apa? Sbb akan sentiasa ada org yg lebih cantik..
Quote nakkomenjugak 17-8-2021 10:08 AM
whoisyouuuuuuhhh?
Quote smeetasmitten 17-8-2021 10:22 AM
Basic 2.0

Insecure sbb kena compare dgn tyra ke?
Quote mendeluk 17-8-2021 12:14 PM
smeetasmitten replied at 17-8-2021 10:22 AM
Basic 2.0

Insecure sbb kena compare dgn tyra ke?

Eww weyh tyra pun eww sangat. Kau pergi bod lain lah gi baca ramai orang tak minat Tyra ini.
Quote LadyCarefree 17-8-2021 12:47 PM
mendeluk replied at 17-8-2021 11:14 AM
Eww weyh tyra pun eww sangat. Kau pergi bod lain lah gi baca ramai orang tak minat Tyra ini.

Tyra mula2 femes sbb tipu result.

2nd time femes sbb kapel dgn anak tiri tokti.

Pastu kekal la femes sbb produk dia kan tokti punya team yg urus semua. Plus it's actually simplysiti tp letak botira je.

Lepas ni femes la sbb kahwin dgn adik tmjakaika.

Gitu sekolah bodoh iq rendah namun berjaya hidup supermewah bakalan kerabat.
Quote hanihan16 17-8-2021 01:20 PM
jadinya... kalau nak compare, nak compare dgn apa kalau tak nak dgn orang lain? compare dengan meja makan boleh?
Quote mendeluk 17-8-2021 01:22 PM
Edited by mendeluk at 17-8-2021 01:24 PM
LadyCarefree replied at 17-8-2021 12:47 PM
Tyra mula2 femes sbb tipu result.

2nd time femes sbb kapel dgn anak tiri tokti.


Iols tak MINAT puak puak ini , konon kejar glam semua, tapi iq pun tadak. Posing2 semua..

Boo..

Untunglah tumpang nama tokti , dapat habuan banyak couple dgn anak tiri tokti dulu. Business pun maju siap ada driver sendiri.

Wonder takkan sampai mcm tu boleh untung banyak ma..
Quote hanihan16 17-8-2021 01:24 PM
aku baca tajuk first time terbaca as syarifah rose laici. pastu baca lagi sekali sebab rasa pelik.

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.064944 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top