Tak nak diri semakin serabut, Rozita Che Wan atau lebih mesra Che Ta memilih untuk membiarkan pengacara kontroversi Azwan Ali 'melalak puas-puas' sebelum mengambil sebarang tindakan. Menurut laporan Kosmo! Online, pelakon itu kini masih menunggu surat saman fitnah yang dikemukan Azwan atau Diva AA.
“Buat masa ni saya malas nak fikir. Saya tunggu saja surat saman daripada dia. Dah dekat dua minggu juga saya menunggu. “Terserahlah apa pun dia nak buat. Nak membebel ke, melalak ke, merentan seorang diri ke, ikut dia lah,” katanya. Tegasnya, dia akan membuat perkara sama sebaik surat saman berkenaan sampai ke tangannya. “Saya dan peguam memang lama dah tunggu. Saman sampai je, terus kami pun akan hantar surat saman balas juga,” ujarnya. Dalam laporan polis yang dibuat hari ini, Diva AA mendakwa Che Ta kenyataan fitnah terhadapnya hingga menjejaskan reputasinya dalam industri seni hiburan. Bila nak sampai surat samannya tu? - CARI
|
ADVERTISEMENT