|
Reda sebentar, namun nama Nia Ramadani dan Ardi Bakrie sekali lagi hangat diperkatakan. Mana tidak kecoh apabila suami Nia itu dikatakan cedera ketika cuba melarikan diri dari pusat pemulihan akhlak di Bandung, Indonesia.
Bagaimanapun, peguam Ardi, Wa Ode Nur Zaenab pantas menafikan insiden itu. Jelasnya, anak guamnya cedera di kepala ketika melakukan aktiviti kick boxing bersama terapinya di 'rumah keduanya' sejak beberapa bulan lalu itu. Menurut laporan Detik yang dipetik Gempak, Ardi ditemani Nia ke hospital untuk mendapatkan rawatan. "Kebetulan Nia ada bersamanya ketika kejadian. Saya tidak dapat memastikan sama ada Nia panik atau bagaimana," katanya. Katanya, keadaan Ardi kini stabil, namun masih dalam pemantauan. Menurut laporan, dalam kejadian pada 4.10 petang Sabtu, Ardi gagal mengawal tendangannya hingga terjatuh dan kepalanya terhantuk ke lantai. Sebelum ini, Nia mengaku mengambil syabu bersama suaminya, Ardi dan pemandu peribadi mereka, Harap Nia tidak tertekan dengan keadaan Ardi ya. - CARI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.033442 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.