Biarpun sudah bergelar seorang penyanyi profesional, Ayu Damit masih gigih untuk menuntut ilmu apabila bakal menyambung pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam program Asasi Seni Kreatif di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Berkongsi kepada Kosmo!, Ayu atau nama penuhnya Norayu Damit, 32, berkata dia berasa teruja apabila ditawarkan untuk menyambung pengajian dalam bidang berkaitan kariernya sebagai penyanyi kerana tidak mahu bergelar ‘penyanyi kosong’. “Alhamdulillah. Kalau ikutkan saya sudah menerima surat tawaran untuk mengikuti pengajian di ASWARA beberapa minggu lalu, namun saya terlepas pandang surat yang dikirim menerusi emel. “Saya pun sudah menghadiri sesi temu duga baru-baru ini dan akan menyambung pengajian dalam masa terdekat selama tiga semester (setahun). Insha-Allah,” katanya teruja.
Kata Ayu, dia terfikir untuk menyambung pengajian walaupun selepas sekian lama bergelar penyanyi kerana merasakan dia perlu mempunyai ilmu dalam bidang muzik dan dapat menggunakan ilmu tersebut untuk menjadi seorang penyanyi yang baik. “Sejujurnya saya tidak mempunyai asas ilmu dalam bidang muzik. Mana tahu suatu hari nanti saya dapat menjadi seperti guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat? “Saya merasakan ilmu itu sangat penting untuk menjadikan seseorang itu berjaya dalam karier yang diceburi mereka,” jelasnya kepada Kosmo! Bertanya tentang pandangan suaminya, Syed Fauzi Syed Baharuddin, Ayu berkata suaminya itu tidak mempunyai apa-apa halangan apabila dia mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya. “Tapi suami ada ingatkan supaya pandai membahagikan masa. Sebab dia tahu saya banyak melakukan pelbagai pekerjaan. Mana nak uruskan perniagaan kek pisang, kuih bahulu dan ladang cili,” katanya. Dalam pada itu, Ayu percaya usahanya itu mampu menjadi inspirasi kepada orang lain supaya tidak pernah sesekali jemu untuk menuntut ilmu dan berharap dapat menghabiskan pengajiannya. Sumber: K! ONLINE
|
Biarpun sudah bergelar seorang penyanyi profesional, Ayu Damit masih gigih untuk menuntut ilmu apabila bakal menyambung pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam program Asasi Seni Kreatif di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
mojarean replied at 17-8-2021 08:43 AM
Btw nasi lemak kerang kedai makan dia sedap. Tp apasal ko punya design pintu masuk kedai makan ko pu ...
Suchi replied at 17-8-2021 08:51 AM
Kat mana kedai dia? Wah banyak ya bisnes dia tp dia nampak biasa2 je hidup.
Patutla dia takde mer ...
mojarean replied at 17-8-2021 08:43 AM
Btw nasi lemak kerang kedai makan dia sedap. Tp apasal ko punya design pintu masuk kedai makan ko pu ...
Tinot7 replied at 17-8-2021 09:13 AM
Woww.. voley la jjcm bg sapot lepas pandemik..
Ada jual kat grabfood tak?
mojarean replied at 17-8-2021 09:25 AM
Aah dia available dlm grab food dan juga food panda. Ni gambar restoran sblm pandemic.
mojarean replied at 17-8-2021 09:03 AM
Kt bukit antarabangsa. Boleh tahan sedap kedai dia bg aku.
Suchi replied at 17-8-2021 08:51 AM
Kat mana kedai dia? Wah banyak ya bisnes dia tp dia nampak biasa2 je hidup.
Patutla dia takde mer ...
ADVERTISEMENT