Isu seksual memang sensitif untuk ramai orang terutamanya yang beragama Islam atau bukan Islam yang konservatif. Tapi, jangan tak tahu, disebabkan masalah "tak puas" ni banyak perceraian berlaku. Kalau yang jenis berfikiran terbuka sikit, amalan "swinger" pula jadi budaya hidup.
Kalau lelaki senang saja bila sebut soal "puas", tapi wanita? Tahukah anda bahawa ada kedai online menjual "alat seeks" bagi membantu wanita mencapai orgasm mereka. Perkenalkan Vaib Store yang diasaskan oleh seorang wanita, Sarannika. Matlamatnya mahu menormalkan perbincangan tentang seksualiti dan sensualiti. Fuh! "Kami juga mahu melawan stigma tentang kepuasan seksual terutama sekali terhadap wanita. Sasaran Vaib Store adalah untuk menjadi ruang selamat kepada mereka bagi mendidik dan meneroka topik kepuasan diri," katanya.
Dia turut berkata antara punca mengapa pasangan tak guna atau sanggup pakai alat seks adalah disebabkan masing-masing terasa tergugat, macam "tak cukup ke saya ni?". "Orgasm bergantung kepada banyak faktor. Ia boleh dipengaruhi oleh hormon anda, tahap tekanan, kesihatan mental, kesihatan fizikal dan kepercayaan atau moral. Lockdown sudah terbukti menjejaskan kesihatan mental dan mood seseorang dan aktiviti menyeronokkan seperti seks boleh menjadi bosan dan berulang-ulang," katanya. Jadi sebab itu kena perkenalkan alat permainan seks untuk bantu menceriakan balik kehidupan intim pasangan, pendek kata begitulah. Apa kata anda? Atau anda pernah cuba? atau tak perlu pun benda-benda ni!? - CARI
|
Rockafella replied at 17-8-2021 10:28 AM
Bercerai kerana tidak puas dengan pasangan adalah satu alasan yang kurang cerdik.
Mengajar pasanga ...
ADVERTISEMENT