Seorang ibu yang terlihat penumpang kapal terbang di hadapannya menulis mesej teks tentang kelakuan anak-anaknya, membuat satu video di aplikasi TikTok sebelum ia tular serta mengundang pelbagai komen bercampur-baur netizen.
Dalam video berkenaan, ibu kepada dua cahaya mata itu, Amy Johnson berkongsi tentang mesej yang ditulis oleh penumpang itu yang menyifatkan anaknya sebagai kanak-kanak nakal dalam mesej teks yang mahu dihantar kepada kenalannya, lapor Ladbible. Mesej itu berbunyi, "Saya sebenarnya tidak menyangka kanak-kanak itu teruk dalam penerbangan tetapi jelas wanita itu tidak menghiraukannya." Video itu juga menunjukkan yang wanita itu pada awalnya merujuk anak-anak Amy sebagai kanak-kanak nakal (brat) tetapi dia telah menukar perkataan itu kepada anak-anak sebelum menghantar mesej berkenaan. Amy juga merakamkan komen balasnya tentang perkara itu dengan menyatakan bahawa dia sudah melakukan yang terbaik untuk menjaga tingkah laku anaknya yang berusia empat dan satu tahun namun dia faham yang bukan semua penumpang menyedari usahanya.
Video itu kemudiannya dibanjiri komen yang bercampur-baur apabila ada yang menyokong namun ada juga yang mengecam tindakan Amy memuat naik video berkenaan. Ada pengguna yang menyatakan bahawa dia terdengar suara kanak-kanak dalam video berkenaan dan ia sama sekali menunjukkan bahawa sebenarnya kanak-kanak itu tidak terkawal. Terdapat juga warganet yang mempertahankan tindakan penumpang itu dengan mengatakan bahawa dia sudah cukup sabar dengan hanya meluah perasaan melalui mesej teks dan sekadar berdiam diri sepanjang penerbangan. Amy bagaimanapun membalas komen berkenaan dan menyatakan bahawa dia tidak mahu mencetuskan sebatang situasi kurang selesa, malah dia juga telah memohon maaf atas gangguan yang berpunca daripada anaknya kepada penumpang berdekatan semasa dalam pesawat. Dia juga mempertahankan bahawa suara kanak-kanak berkenaan adalah milik anak kepada penumpang lain dan bukan anaknya. Selain komen kecaman, Amy juga mendapat sokongan beberapa pengguna media sosial itu yang menyatakan bahawa mereka faham situasi sukar apabila terpaksa menguruskan kanak-kanak di dalam pesawat kerana mereka ada kalanya tidak boleh duduk diam. Ada juga yang meninggalkan komen lucu dengan mengatakan bahawa mungkin mereka mahu anak-anak supaya diikat di kerusi dan mulut mereka juga ditutup sepanjang tempoh penerbangan. Sumber: mStar
|
supermum replied at 17-8-2021 10:36 AM
Pernah sekali naik flight ada toddler kot menangis sepanjang flight. Aku tak annoy, lebih kepada kes ...
nakkomenjugak replied at 17-8-2021 10:24 AM
teringat time flight ke obersi, budak ni sepanjang flight tu menangis. tak penat keeeee tekak wehhh
...
uda replied at 17-8-2021 01:11 PM
I pernah kena dengan budak2 yang suka tendang2 seat depan. Mak dia disebelah selamba aje.
Lama2 b ...
damsel_fiji replied at 17-8-2021 11:15 AM
penah naik flite dgn budak2 bising memekak..klu bayi tu x pe la gak..ni dh 6-7 tahun camtuh..mak pak ...
Amy bagaimanapun membalas komen berkenaan dan menyatakan bahawa dia tidak mahu mencetuskan sebatang situasi kurang selesa, malah dia juga telah memohon maaf atas gangguan yang berpunca daripada anaknya kepada penumpang berdekatan semasa dalam pesawat.
ADVERTISEMENT