CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Pulangkan Balik Rantai Itu, Saya Boleh Bagi Awak RM500" - Lelaki Menangis Diragut

17-8-2021 11:46 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2121| Komen: 7

Video memaparkan kisah seorang mangsa ragut yang berkongsi momen dia kehilangan rantai emas pemberian kakaknya menyentuh hati ramai pengguna laman Twitter hari ini.

Ramai menyatakan rasa kagum dengan sikap lelaki itu yang dianggap memiliki hati emas kerana bersangka baik dengan peragut tersebut dan sanggup menawarkan RM500 jika dia memulangkan rantai emas tersebut.


Pemilik bengkel motosikal di Taman Setia Rawang itu berkata, rantai leher tersebut mempunyai nilai sentimental kerana ia diberi ketika kakaknya ingin melangkah keluar dari rumah selepas melangsungkan perkahwinan.



“Bangsa saya tidak mahu cakap kerana dia anak Malaysia saya pun anak Malaysia. Saya kejar dia sambil menangis. Tetapi tidak mampu. Motosikal dia laju dan ketika itu saya bawa Honda EX5.

“Selepas itu saya jumpa satu kedai di lokasi berdekatan ada CCTV (rakaman televisyen litar tertutup). Tapi saya tidak mahu siarkan kepada umum. Orangnya tidak nampak. Tetapi nampak motosikal dan beg Grab,” katanya dalam tiga siri video yang dimuat naik pemilik akaun Twitter bernama @Rudyakhbar.


Katanya, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.20 pagi kelmarin ketika dia menghubungi seorang pelanggan dan berharap video yang telah diulang kicau lebih 22,000 kali tersebut tular hingga sampai kepada ‘rider’ berkenaan.

“Memang saya marah tapi saya fikir mungkin situasi dia susah sebab musim pandemik ini semua orang susah. Pendapatan kurang. Jadi kalau awak susah saya boleh tolong bayar RM500 cuma bagi balik rantai itu.

“Awak boleh datang bengkel saya. Kedai saya tiada CCTV jangan risau. Awak boleh tinggalkan di sini dan beri nombor akaun. Walau apa-apa situasi jangan samun. Saya mahu awak insaf dan menyesal,” ujarnya.



Lelaki itu turut memberitahu, dia tidak pernah mengibarkan bendera sama ada di rumah atau kedai dan begitu teringin melakukannya sempena bulan kemerdekaan tahun ini.

“Pada musim Covid-19 saya tengok petugas barisan hadapan abang polis, jururawat, doktor semua saya pun rasa letih dan hormat mereka. Tetapi bila jadi begini saya rasa kita belum merdeka kerana diancam perompak dan rasa tidak bebas untuk memakai barang perhiasan,” katanya.

Sementara itu, seorang pengguna Twitter menggunakan akaun bernama @Danielzaidi berkata, dia merupakan pelanggan tetap pemilik bengkel tersebut dan menyifatkan lelaki itu seorang yang jujur.

“Setiap bulan aku akan hantar motosikal aku di bengkel dia untuk servis. Abang ini memang seorang yang bercakap jujur. Baik hati. Lemah lembut. Tengok dari reaksi mukanya dah tahu rantai itu amat bermakna bagi dia. Tuhan merahmati awak abang,” tulisnya.

“Walaupun tengah koyak, dia tetap tenang tiada maki hamun, tiada sentuh isu sensitif. Mentaliti kelas pertama. Hormat,” puji @muhdnaqibr.

Dalam pada itu, Grab Malaysia dalam satu hantaran di Twitter berkata pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa berhubung perkara tersebut.

“Hai Rudy, perkara ini sudah dilaporkan oleh mangsa kepada pihak berkuasa. Kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk tindakan susulan. Harap maklum,” ciapnya hari ini. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LostStar 17-8-2021 12:04 PM
cakap melayu.. sah2 peragut tu melayu.. buat apa nak cakap melayu kalau peragut tu bangsa india.. semoga mendapat balasan yg setimpal buat peragut..
Quote che-cikL 17-8-2021 12:10 PM
Aduuh... Dah buat Grab tu, buat lah betul2, dia gi grab rantai orang pulak.... Siang2 tengahari buta pulak tu. Kalau org lain, entah2 dah kena doa dilenyek lori.
Quote makadek 17-8-2021 12:10 PM
Semoga dpt balik rantai tu
Quote allshares 17-8-2021 12:41 PM
Mesti dia syg sgt kakaknya kan. Sbb tu syg sgt pemberian tu.

Iols jewelry yg jrg pakai rantai yg mak iols bagi, loket hadiah first dari bf (skrg husband) dgn gelang batal air sembahyang waktu nikah. Kalau hilang mau nangis.
Quote MarryPottet 17-8-2021 01:17 PM
Jangan lepaskan si peragut celaka tu
Harap dah buat repot polis. Bukti cctv yg rakam plat nombor moto dia kan ada. polis & grab boleh bekerjasama utk kesan & tahan dia
Takyah nak kesian sangatlah. Ntah2 mat pit tu
Kalau tak nanti orang lain pulak yg jadi mangsa ragut dia
Silap2 kena samun & mendatangkan kecederaan kpd mangsa
Quote nakkomenjugak 17-8-2021 01:34 PM
bagi laa balik
barang orang kottt
dah buat grab nak meragut pulak
bodoh ke hapeeee
Quote Manjahati 17-8-2021 01:35 PM
Harapnya dapat tangkat rider tu..memalukan betul

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.110079 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top