|
Semalam, gempar mengenai Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, namun beliau akan menjadi caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.
Mengambil kesempatan isu masih panas, penyanyi dan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri menzahirkan hasratnya dengan memohon jawatan Perdana Menteri ke-9 Malaysia. Di Instagramnya Aliff memuat naik foto borang permohonan jawatan berkenaan. Menerusi entri itu, Aliff turut meminta orang ramai mendoakan supaya segalanya dipermudahkan. Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi dari semua pihak termasuklah bondanya sendiri. Dalam pada masa yang sama, ada juga sesetengah netizen yang menganggap penyanyi Lala Raya ini tidak serius memandangkan nombor kad pengenalan yang diisinya itu milik wanita kerana berakhir dengan nombor genap. Sumber: BeautifulNara
|




ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.379950 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.