Sebuah video tular di media sosial memaparkan seorang petugas barisan hadapan, mencari dan memujuk dua beranak masyarakat Orang Asli yang disahkan positif COVID-19 di Kampung Orang Asli Langkap, menyentuh hati ramai.
Video yang dimuat naik ke akaun TikTok @thedressar1 pada Jumaat, sudah menerima lebih lebih 300,000 tontonan. Ia dimuat naik pemiliknya, Azrul Zubir, 31, yang merupakan penolong pegawai perubatan, sehari selepas menyelesaikan tugasnya sebelum itu. "Saya perlu mendaki bukit setinggi 500 meter bagi mencari dua beranak berkenaan manakala ibunya berusia 18 tahun dan anaknya baru berusia sembilan bulan. “Lengkap berpakaian peralatan perlindungan diri (PPE) tentulah sukar untuk kami mendaki serta mencari dua beranak tersebut. Akhirnya saya dibantu oleh Tok Batin untuk mencari dua beranak berkenaan yang rumah mereka jauh ke dalam dusun,” katanya seperti yang dipetik portal Utusan Malaysia.
Menerusi video itu, Azrul menjelaskan dia terpaksa mencari kedua beranak itu kerana tiada telefon bimbit yang boleh dihubungi, serta lokasi rumah mereka yang jauh di dalam dusun. "Mujurlah (mereka) nak bekerjasama dan ikut turun, saya dapat pujuk mereka untuk dibawa ke hospital," katanya. Sumber: AWANI
|
Skuau replied at 17-8-2021 01:13 PM
punca drp sapa drng dpt ni??? depa bkn selalu merayau keluar pon.
Ismacun replied at 17-8-2021 01:35 PM
Mungkin dpt masa keluar gi klinik check up baby tu kot..kan br 9 bulan ..masih dlm pemantauan klin ...
ADVERTISEMENT