|
Letupan tangki gas di sebuah rumah di Thuy Nguyen di Hai Phong, di utara Vietnam telah mengorbankan empat orang. Ahli keluarga lain turut cedera, menurut media tempatan Tien Phong yang memetik pihak berkuasa perbandaran.
Mangsa yang terlibat berusia antara 5 dan 55 tahun, lapor Xinhua. Tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa dalam perjalanan ke hospital. Siasatan lanjut kejadian ini sedang dijalankan. Dalam tujuh bulan pertama tahun ini, hampir 1,400 kebakaran dan letupan berlaku di Vietnam, mengorbankan 67 orang dan mencederakan 93, menurut Pejabat Statistik Umum. Sumber: MalaysiaGazette
|


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.085950 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.