CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Elizad Mula Hafal Surah, Ayat-Ayat Suci Al-Quran

17-8-2021 02:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3825| Komen: 29

Pelakon dan juga penyampai radio Siti Elizad Sharifuddin, 37, mengambil peluang ‘kemanisan’ ketika musim pandemik Covid-19 apabila berusaha untuk menghafal beberapa surah daripada ayat-ayat suci al-Quran.


Elizad berkata, dia terpanggil untuk mula menghafal beberapa surah selepas mendapat inspirasi daripada sahabat-sahabatnya yang berkongsi video bacaan mereka dalam media sosial.

Menerusi hantaran sebuah video yang dimuat naik dalam Instagramnya, Elizad turut berkongsi video dia mengalunkan bacaan daripada surah al-Waqiah yang dihafal sambil dipantau oleh suaminya yang turut berada disebelah.

Foto: IG

“Jadi hari ini saya cuba dengan al-Waqiah. Ada 96 ayat. Maaf banyak lupa, banyak kesalahan daripada segi tajwid, tidak merdu (sebab suami kata banyak main).


“Insha-Allah perlahan-lahan saya cuba hafal lagi. Apa-apa pun saya terbuka dengan semua teguran,” jelasnya.

Dalam hantaran itu juga, Elizad turut memberikan ucapan terima kasih kepada Ustaz Khairullah dan Ustaz Hadi kerana banyak membimbing bacaan al-Qurannya yang dijalankan secara dalam talian.



Sementara itu, penyampai radio Sinar FM itu turut mengingatkan pengguna Instagram yang tidak suka dengan apa yang dia lakukan supaya tidak menonton hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya.

“Pada yang rasa tidak suka dan tidak berminat dengan perkongsian saya, boleh sahaja sorok hantaran saya (hide). Tiada paksaan untuk menyukainya. Seikhlas hati hendak berkongsi,” tulisnya.

Menjengah dalam ruangan komen, ramai rakan-rakan dalam kalangan selebriti turut berkongsi rasa bersyukur atas usaha yang dilakukan oleh Elizad antaranya Janna Nick, Elyana, Betty Rahmad, Farah Fauzana dan Yasmin Hani.



Sejak beberapa hari lalu, Elizad mula berkongsi imej terbaharunya apabila tampil dengan gaya imej berhijab.

Elizad memberitahu segala-galanya bermula apabila suaminya, Shamsul Baharin Abdul Rahman membelikannya selendang secara dalam talian tanpa pengetahuannya.



“Semuanya bermula apabila saya buka satu bungkusan dan isinya ialah selendang. Rupa-rupanya suami yang belikan untuk saya. Saya letak di kepala, suami cakap cantik.

“Sejak itu lah saya perlahan-lahan memakai tudung dengan cara saya sendiri. Kebetulan saya bekerja pada 1 Muharam lalu, jadi bermula detik itulah saya sudah memakai hijab,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 17-8-2021 03:04 PM
Ewwww....perlu ke?
Quote Purpkehag 17-8-2021 03:09 PM
Alhamdulillah
Quote makadek 17-8-2021 03:11 PM
Perlu ke .... Eeyewwwwww .....
Simpanla ko nya taubat ..
Quote makneng 17-8-2021 03:18 PM
Gossip sampah dari reputz bertaraf sampah.
Quote dua_chzy 17-8-2021 03:47 PM
Dari prasekolah sampai tingkatan 5 ko wajib blaja ayat2 suci Quran, hafazan bagai,

tetiba baru sekarang ko kata nak hafal?
Quote Kurex 17-8-2021 03:53 PM
Ni pun nak dijadikan gosip. Kepada reporter cari yg bingai2 sekalian, yg pemalas, jenis asal boleh, yg makan gaji buta..

Ni bukan gosip! Lain la elizad ni pelajari ilmu sihir dalam diam baru boleh bergosip. Lain kali jangan benak sampai tak tau apa tu gosip, atau korang dah tau apa tu gosip tapi kena kejar kpi demi nak sara family dgn gaji buta tu
Quote LostStar 17-8-2021 04:08 PM
dia ni attseekers
semua benda nak tunjuk..

kes yg dia nak anak tu.. mule nampak la sedeh.. tp lama2 dia try hard nampak jd meluat.. org lain pon try hard gak... tp idakla setiap titik perkara nak tunjuk..
Quote purplelilac 17-8-2021 04:22 PM
Elizad better hafalan tu kau ngn allah je tau x yah la nak mencapap. Dari kisah mula bertudung ke hafalan ayat quran bak kene bagitahu dunia ke? Buat jela amal tu diam2.
Quote marigold90 17-8-2021 04:26 PM
I takut sangat bila terlalu bercerita mengenai penghijrahan..takut2 diuji dan tak kuat utk istiqamah
Quote hotmak 17-8-2021 04:33 PM
tahniah, berani dia share hehe yelah bila share ni hati kena kental, kena terima org tegur

Quote KelisaOren 17-8-2021 04:36 PM
Tak minat langsung dgn minah ni....mengada2 sgt
Quote leftenanhensem 17-8-2021 04:41 PM
entah lah dia ni nak buat benda baik, nak share kt followers dia sama2 ke arah kebaikan tapi tu lahhhh ermm boleh kot nk buat mcm tu, tapi tu lahh tak nk ckp mcm mana sbb akan kuar negetip jer ni if aku terus komennn ermmm
Quote exclusive_vvip 17-8-2021 04:46 PM
npk gaya mcm nak promo kelas mengaji..harap2 bukan semata nak promo la..jgn sekali dua je masuk kelas..
Quote namr 17-8-2021 04:58 PM
So kena bgtau satu dunia ke cane nih
Quote Sambalberapi 17-8-2021 05:46 PM
Ni pun nk canang?? Hmmm... buat diam2 lagi elok kot
Quote JohnyEnglish 17-8-2021 05:49 PM
Aku pun nk start hapal alip ba ta pas ni.pastu nk pakai tudung
Quote Jemahjemah1988 17-8-2021 09:52 PM
Moga istiqomah.. Cantik elizad
Quote epal21 17-8-2021 09:57 PM
dua_chzy replied at 17-8-2021 07:47 AM
Dari prasekolah sampai tingkatan 5 ko wajib blaja ayat2 suci Quran, hafazan bagai,

tetiba baru se ...

Betul tu, dlm Pendidikan Islam memang ada hafazan. Skipped class ke pun?
Quote epal21 17-8-2021 09:58 PM
Kurex replied at 17-8-2021 07:53 AM
Ni pun nak dijadikan gosip. Kepada reporter cari yg bingai2 sekalian, yg pemalas, jenis asal boleh,  ...

Hafal ilmu sihir dalam diam? Hahaha.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.084115 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top