CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rozita Che Wan Rasa Terhina, 4 Jam Bagi Keterangan Di Balai

17-8-2021 05:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19470| Komen: 112

Susulan laporan berhubung kenyataan berbaur fitnah terhadap pengacara Azwan Ali, aktres Rozita Che Wan dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.


Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta bersama suami Zain Saidin dan pengurusnya Afeeq Abdul Wahab memasuki IPD kira-kira pukul 12 tengah hari sebelum beredar sekitar pukul 4 petang Selasa.

Rozita ketika ditemui di luar perkarangan IPD memberitahu dia hadir hanya untuk memberi keterangan kepada pihak polis berhubung laporan yang dibuat Azwan atau Diva AA pada 13 Ogos lalu.


Foto: mStar

“Saya datang hari ini untuk bagi statement berkaitan laporan yang dibuat oleh Azwan Ali.

“Saya tidak ada buat laporan (polis) hanya bagi keterangan. Saya datang bersama suami dan pengurus sebab kami yang terlibat.

“Tapi keterangan dari segi apa saya tak boleh nak beritahu” ujar Rozita kepada mStar pada Selasa.

Berkongsi lanjut tentang permulaan kemelut antara mereka, Rozita mengakui dia membalas hinaan yang dilemparkan Azwan di Instagram berikutan terlalu marah.

Namun dia memadam status di Instagram itu selepas sejam dimuat naik bagi mengelakkan keadaan menjadi keruh.

“Saya jawab status dia sebab dia menghina saya. Sebagai perempuan of course la rasa terhina dengan perkataan yang dia gunakan melampau dan memalukan.

“Lepas sejam saya post, saya delete balik sebab saya tengah marah time tu. lepas itu saya fikir balik saya taknak bergaduh," katanya.


Foto: mStar

Pada Jumaat lalu Azwan membuat laporan polis terhadap Rozita dengan mendakwa aktres berkenaan memfitnahnya apabila menuduh dia mengambil rasuah.

Sebelum itu Azwan terlebih dahulu berkongsi foto Rozita ketika mengambil suntikan vaksin dengan kapsyen yang dianggap keterlaluan.

Menerusi laporan i pada 10 Ogos lalu, Azwan bercadang untuk mengemukakan saman berjumlah RM5 juta kepada selebriti wanita terbabit kerana didakwa telah memfitnahnya.

Ujar Diva AA, dia bertindak mengemukakan saman tersebut selepas selebriti itu mengaitkan kemewahan yang dimilikinya dengan seorang menteri yang juga abang kandungnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean 17-8-2021 05:43 PM
Masa Diva AA message laki ko patutnya korang dh bole settle masa tu senyap2. Lps tu ko upload macam2 siap rakan artis join sekali mengutuk memang mendapatlah. X pasal2 level kayangan che ta dh jd sama level je ngan Diva AA. Btw lawyer baru Diva AA herlokk
Quote JohnyEnglish 17-8-2021 05:47 PM
Dh kedut dahi kau che ta
Quote MadameOnion 17-8-2021 05:53 PM
Nampak tua dah cheta..kalau kurang mekap maybe ok sikit
Quote cm_vungtau 17-8-2021 05:55 PM
Lol. Dah kena saman rasa terhina pulak. Orang kutuk ko dengan mencarut ko carut je la balik. Pergi cakap rasuah la apa la. Patut tahu la nak cakap benda camtu kena ada bukti.
Quote Chessman 17-8-2021 05:59 PM
Satu lagi kes saman Menyaman artis. Tapikan kalau nak cakap pasal fitnah yang cekta lemparkan tu weh dekat twitter tu masa ss money transaction abang dia viral dekat sana ramai kot orang cakap dia makan duit haram lah apa lah. Takde pulak dia saman netizen walaupun the same statement as cekta buat ni.
Quote nakkomenjugak 17-8-2021 06:06 PM
hmmm 2x5 5xvaveeee

bukan ateee diba aa bermadu dengan jen seden kat tok wan dapat sponsor kasut?
Quote depresio 17-8-2021 06:09 PM
Apa yg che ta cakap?
Quote winky1 17-8-2021 06:16 PM
jgn respon pada org geelerrrr. Mmg geram tapi tu jrr cara.
Quote imransulaiman 17-8-2021 06:35 PM
Patutnya dia saman terus masa Azwan Ali guna gambar dia tu.. Tak payah counter attack.

OT - dah geleber badan laki dia..
Quote annadonna 17-8-2021 06:39 PM
Nampaknya Nana lebih bijak
Quote Buritan 17-8-2021 06:50 PM
cm_vungtau: Lol. Dah kena saman rasa terhina pulak. Orang kutuk ko dengan mencarut ko carut je la balik. Pergi cakap rasuah la apa la. Patut tahu la nak cakap ben ...



Patut dia ckp.. puki mak ko azwan balik aje loo.. rasuah tuu besoo.. dan bery bery sensitif
Quote I.K.A888990 17-8-2021 06:50 PM
pesyen makcik ni bukan kaleng2 gitu
vogue
Quote Burong_Hantuk 17-8-2021 07:06 PM
Busokkk hati punya bapok Kertu...Kao lahar carut kat org blh plak,...tiba kena kat batang idong sendiri  tau plak meroyan..daserr
Quote laksmanabentan 17-8-2021 07:17 PM
awat dahi tu berkedut2... selalu flawless aja..
Quote Dolmat 17-8-2021 07:35 PM
Memang dah berkedut punnnnn hanya bila bergambor tu yg banyak pakai filter edit berlayered2..
Make up tebal bertepek2 bulu mata 7 tingkat still muka tetap dah nampak tua.
Tapi bab badan memang dia menang ahh.
Quote vee_zara 17-8-2021 07:44 PM
Nampak kerepot dah cikta kita.{:smile
Quote Piramida 17-8-2021 07:49 PM
Dia agaknya if pakai biasa2.. make up nipis2... warna yg biasa2... mesti tak keruan kan? Tak tentu arah..
Sbb dah biasa glamer, make up sekati dan shocking colors.
Quote selipar_hijau 17-8-2021 08:04 PM
Tudia sampai 4 jam dok cerita kat balai nohhh
Quote Ayda89 17-8-2021 08:08 PM
Lawyer jugak yg untung zaman pandemik ni masyukk bederet kes saman menyaman

Lihat semua komen(112)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.056176 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top