CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

UMNO, BN Pilih Ismail Sabri Sebagai Calon PM Ke-9, Muhyiddin Bakal Umum "Berita Gembira"?

18-8-2021 02:28 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 15623| Komen: 108


Parti-parti politik kini berusaha membentuk jajaran baharu selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan peletakan jawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin. 

Selepas mesyuarat malam tadi, UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebulat suara bersetuju untuk menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon pilihan untuk jawatan perdana menteri ke-9.

"Beliau memiliki jumlah sokongan majoriti dan merupakan pilihan kami untuk Perdana Menteri ke-9," demikian menurut sumber.

Sumber juga mengatakan ia adalah keputusan sebulat suara yang tidak dipersoalkan oleh mana-mana ahli Parlimen dalam mesyuarat yang diadakan di ibu pejabat parti di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Selasa malam, lapor Mstar.


Sumber tersebut juga mengesahkan bahawa semua ahli parlimen Umno dan BN telah menandatangani akuan berkanun dan akan menyokong Naib Presiden Umno itu.

"Semua akuan berkanun dari ahli Parlimen Barisan akan dihantar ke Istana Negara pada Rabu (18 Ogos) seperti yang diminta oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Pengerusi BN dan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi," kata sumber itu. 

Memetik Utusan, Muhyiddin yang meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Ke-8 selepas hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat dijangka membawa "berita gembira", pagi esok.



Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan bagaimanapun enggan menjelaskan lebih lanjut tentang "berita gembira" yang disebutkan dan menyerahkan kepada Muhyiddin untuk berbuat demikian.

Pun begitu, perkhabaran itu dikaitkan dengan perkembangan terkini politik negara dan sokongan ahli Parlimen untuk melantik seorang Perdana Menteri baharu.

"Ya, ada berita gembira. Tetapi tidak sesuai untuk saya sebut. Biarlah Tan Sri akan mengumumkannya. Jadi, mungkin pada esok pagi.

"Tidak pasti sama ada perkara ini akan diumumkan menerusi siaran televisyen atau kenyataan bertulis. Elok kita tunggu Tan Sri umum secara rasmi.

"Perikatan Nasional (PN) belum selesai lagi (berkenaan jumlah sokongan), UMNO sahaja baru selesai tadi," katanya kepada malam ini. 

Wan Saiful juga tidak menafikan berita tersebut berkait dengan pembentukan semula Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

"Apa yang pasti, kita semua sedang usahakan untuk kekalkan kerajaan PN," katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blastoff 18-8-2021 02:50 AM
Malaysia akan terpenjara dalam SOP double standard sampai ajm kalau ismail Sabri jadi pm
Quote rastaf 18-8-2021 03:01 AM
blastoff replied at 18-8-2021 02:50 AM
Malaysia akan terpenjara dalam SOP double standard sampai ajm kalau ismail Sabri jadi pm


habis tu siapa yg jadi PM baru yg tak double standard. yakin ke kalau PM selain dia akan adil saksama?
pada aku dia ni ok janji tolong buang menteri miti ganti orang lain..ngan zuraida


Quote Orix 18-8-2021 03:23 AM
rastaf replied at 18-8-2021 03:01 AM
habis tu siapa yg jadi PM baru yg tak double standard. yakin ke kalau PM selain dia akan adil sa ...

Kalau mcm tu tak perlu la pergi mengundi. Yakin ke mana2 calon boleh merubah apa2….
Quote mbhcsf 18-8-2021 03:32 AM
Edited by mbhcsf at 18-8-2021 03:34 AM

kalau  YB Datuk Ismail Sabri okaylah daripada Anwar tapi hmm....i takut beruba je esok.

anyways

saranan i : Datuk Ismail Sabri

a) kecilkan saiz cabinet - tak payah 70 - 12 -15 org je cukup , semak je bebanyak,
b) beri je  jawatan pada cabinet minister(s) yg TAK GANGGU GUAT KEPUTUSAN MKN ( tolonglah , mohon kekuatan dari ALLAH if ada halangan pleaselah )
c) Tolong fokus on Covid19, economy and related affairs
d) jgn ambil pilih berdasarkan syarat kena lantik itu ini yg hmmm...fefahamlah.e) tolong bagi keputusan / ada keselarasan sebulat suara setiap keputusan , tak nak dah, letihlah dengar ada lain lain tafsiran arahan / tindakan mesyuarat.

tu je lah

ni pun kalau benarsahih berita ni.
Quote rastaf 18-8-2021 04:05 AM
Orix replied at 18-8-2021 03:23 AM
Kalau mcm tu tak perlu la pergi mengundi. Yakin ke mana2 calon boleh merubah apa2….



melalut apa pulak ni.cerita dia sekarang pasal double standard SOP je kan bukan seleweng duit pun

lg satu mmg aku yakin la dgn dia sebab dia bersih dari sebarang dakwaan dari calon2 lain yg dah terbukti banyak kes skandal duit, seks semua. tak kan itu pun masih nak jadikan calon? oh tidak
Quote roserouen 18-8-2021 05:03 AM
Iols prefer H2O. Tp mana2 pun takpa as long as rakyat yg depa utamakan
Quote wnwa05 18-8-2021 05:37 AM
Apa berita gembira muhyidin nak umum.. Curious pulop
Quote spankee_fili 18-8-2021 05:54 AM
Kurang konpiden sikit umno nak ‘sebulat suara’, takut hujung2 ada yg terlompat atau tersokong both sides.
Pantang ada yg offer.
PH tu yakin la 100% sokong anwar punya
Quote cecari 18-8-2021 06:03 AM
mbhcsf replied at 18-8-2021 03:32 AM
kalau  YB Datuk Ismail Sabri okaylah daripada Anwar tapi hmm....i takut beruba je esok.

anyways

you bukan kerajaan... buat semak forum boleh la
Quote pu3_rania 18-8-2021 07:08 AM
Memang bingai dan buta hati serta mata sungguh UMNO dan BN pi calonkan si Tok Mail yang memang sah2 menunjukkan dia tak perform semasa di dalam GOMEN PN!!!
Mudah-mudahan Bangnon, Tok Mail, H2O, Pie Bedal Dan Ku Li tak jadi PM
Semoga YDPA & Sultan Nazrin Shah buat pertimbangan dan keputusan yang bijak dalam pemilihan PM supaya tak mendatangkan bencana yang lagi besar kepada negara
Quote LaRRa. 18-8-2021 07:24 AM
mbhcsf replied at 17-8-2021 07:32 PM
kalau  YB Datuk Ismail Sabri okaylah daripada Anwar tapi hmm....i takut beruba je esok.

anyways

U rasa mail sabri baca ke ni?
Quote mbhcsf 18-8-2021 07:26 AM
cecari replied at 18-8-2021 06:03 AM
you bukan kerajaan... buat semak forum boleh la

forum bukan buat perkongsian macam ni, ni level gossip bolehlah posting camni.
Quote mbhcsf 18-8-2021 07:27 AM
LaRRa. replied at 18-8-2021 07:24 AM
U rasa mail sabri baca ke ni?

ni tujuan forum, kalau fikir forum tempat gossip then tak leh nak kata apa

Quote Normabaru 18-8-2021 07:27 AM
kes juri ank dia hari tu polis dh hbs siasat lom? Ke dok senyap hilang diangin lalu gitu ja..
Quote nikaido 18-8-2021 07:29 AM
rastaf replied at 18-8-2021 03:01 AM
habis tu siapa yg jadi PM baru yg tak double standard. yakin ke kalau PM selain dia akan adil sa ...

Sembang 'kalau' ni babi pun boleh terbang
Quote mbhcsf 18-8-2021 07:32 AM
pu3_rania replied at 18-8-2021 07:08 AM
Memang bingai dan buta hati serta mata sungguh UMNO dan BN pi calonkan si Tok Mail yang memang sah2  ...

yg i tahu YDPA melantik ahli dewan rakyat yang mungkin boleh dapat sokongan majoriti, so hence the list. walaupun i sendiri terkejut dgn list tu ...hmm nak buat ape, i hope not anwar.
Quote kakikuDibibirmu 18-8-2021 07:33 AM
Berita gembira Mahiaddin: Abahcow kahwin lagi satu!
Quote Orix 18-8-2021 07:40 AM
rastaf replied at 18-8-2021 04:05 AM
melalut apa pulak ni.cerita dia sekarang pasal double standard SOP je kan bukan seleweng duit  ...

Reply iols tu merujuk pd statement chuols yg ini

habis tu siapa yg jadi PM baru yg tak double standard. yakin ke kalau PM selain dia akan adil saksama?


Kalau mcm ni pemikiran tak payah la pegi mengundi. Yakin ke siapa2 yg disokong boleh merubah apa2 ?
Quote Orix 18-8-2021 07:40 AM
nikaido replied at 18-8-2021 07:29 AM
Sembang 'kalau' ni babi pun boleh terbang

Khuensttttt

Lihat semua komen(108)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.086782 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top