Seperti dilaporkan pada Selasa, pihak Miss Universe Malaysia Organisation (MUMO) menerusi sebuah kenyataan mengumumkan tidak menghantar wakil menyertai Miss Universe edisi ke-70 di Eliat, Israel.
Ini berikutan mengambil kira faktor penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia yang kini ditahap membimbangkan sehingga menyebabkan kebenaran untuk merentas dalam dan luar negara juga dihadkan. Susulan itu, keputusan MUMO untuk menarik diri daripada penganjuran pada tahun ini mendapat pujian ramai netizen dalam dan luar negara. Rata-rata menyifatkan keputusan tersebut wajar dibuat sebagai tanda solidariti terhadap Palestin yang diserang Israel tidak lama dahulu. Malah, mereka turut mengharapkan negara Asia lain seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina akan turut mengikut jejak langkah Malaysia. Dalam pada itu, segelintir pihak sudah menjangkakan Malaysia akan menarik diri daripada Miss Universe 2021 memandangkan pasport Malaysia telah menghadkan kebenaran untuk masuk ke Israel begitu juga sebaliknya.
Sebagai info, Miss Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong akan memegang gelaran Miss Universe Malaysia paling lama sehingga Miss Universe baharu diumumkan pada 2022. Terdahulu, sebuah tanda pagar #BoycottMissUniverse2021 diwujudkan warganet sebagai tanda protes Israel diumumkan tuan rumah penganjuran Miss Universe 2021. Sumber: Murai
|
KIM.K replied at 18-8-2021 01:02 PM
Kesian Luhong. Sheol kerja keras but not going as expected. Nextyear k
RatuDunia94 replied at 19-8-2021 02:42 PM
Sheols dh bertanding pun aritu kat US. Kalah yachhh
KIM.K replied at 18-8-2021 01:02 PM
Kesian Luhong. Sheol kerja keras but not going as expected. Nextyear k
ADVERTISEMENT