CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hafiz Hamidun Tegur Orang Pakai Pelik-Pelik Pergi PPV

18-8-2021 12:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8960| Komen: 61

Penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun menasihati orang ramai supaya berpakaian 'elok' dan bersesuaian ketika pergi mendapatkan suntikan vaksin.

Hafiz, 37, atau nama sebenarnya Mohammad Hafiz Hamidun berkata, orang ramai tidak perlu memakai pakaian yang dianggap pelik.



Foto: IG

"Pakailah elok elok untuk ambil vaksin. Vaksin saja pun. Tak perlu gimik sampai kena pakai baju kelawar isteri, jadi hantu apa semua.

"Saya tak tahu adakah ia 'marketing strategy' (strategi pemasaran) atau apa. Awal-awal macam terhibur, lama-lama jadi ngeri pula," katanya.




Sebelum ini tular beberapa gaya fesyen dan pemakaian kostum menyerupai watak dalam filem yang dipakai segelintir penerima vaksin ketika berada di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).



Antara yang menarik perhatian adalah jelmaan Valak iaitu watak hantu dalam filem The Conjuring, Minnie Mouse, Puteri Hang Li Po, watak hantu dalam filem kantonis serta watak-watak adiwira seperti Batman, Spider-Man, Ultraman, Predator dan Joker. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote midori_katana 18-8-2021 01:00 PM
Bagi iols, pakai la kostum apa pun asalkan tak menyalahi agama dan tak susah nak cucuk kat lengan tu. Satgi kena dok londeh 3 ,4 kali kesian tukang cucuk. Zaman semua org stress ni asalkan tak melampau biarlah depa nak berhibur!
Quote Tunan 18-8-2021 01:06 PM
midori_katana replied at 18-8-2021 01:00 PM
Bagi iols, pakai la kostum apa pun asalkan tak menyalahi agama dan tak susah nak cucuk kat lengan tu ...

perempuan yg jad Nun tu uols setuju ke
Quote pearl.silver 18-8-2021 01:08 PM
Tunan replied at 18-8-2021 01:06 PM
perempuan yg jad Nun tu uols setuju ke

Ada didedahkn ke identiti dia?
Dia muslim ke
Quote c===8 18-8-2021 01:13 PM
gua pun jijik tgk manusia batak perhatian dgn pakai pelik2 amik vaksin
Quote Tunan 18-8-2021 01:14 PM
silap2 diorg ni boleh menyamar tau..

minta tolong bibik ke
@ sapa2 yg nak cucuk dulu..
Quote jfq 18-8-2021 01:14 PM
Edited by jfq at 18-8-2021 01:15 PM

Hah. Team rapid kl siap mcm2 pakaian beragam lagi

https://www.facebook.com/124778030879436/posts/4545062545517607/
Quote Tunan 18-8-2021 01:15 PM
pearl.silver replied at 18-8-2021 01:08 PM
Ada didedahkn ke identiti dia?
Dia muslim ke

kan dah menimbulkan fitnah tu

buat org bersangka2 .. & nak tahu..
Quote trexxxxxi 18-8-2021 01:18 PM
Meols setuju

Lagipun chuol manih
Eh maksud meol baby Hamdee manih
Quote laksmanabentan 18-8-2021 01:30 PM
yang pakai baju kelawar + bawa baldi tu...
lelaki pulak yang pakai...
da habis fikir ker camna weeeiii???

pakai baju tidur + bawa bantal busuk pun ada...
apa masalah ko sampai nak bawa bantal weeiii????

kalau pakai kostum yg biasa2 tu okay la...
boleh terima la.... tp make sure bersih la ya kostum korang tu...



Quote exclusive_vvip 18-8-2021 02:04 PM
Walaupun I x suka dia ni, tapi i setuju dgn pendapat dia…kronik btol sesetengah orang ni punya hadap nak attention n viral..I pun meluat tgk org2 pakai kostum n tahpape pegi vaksin..
Quote chinta89 18-8-2021 02:21 PM
kali ni aku sokong ape yg dia kata, x pyh la pakai pelik2 x kira la ko agama ape bangsa apa... semata nk hadap viral
Quote renko 18-8-2021 02:25 PM
gedik
batak viral
tu jela antara kehebatan orang malaysia yg bbnu
Quote bottombikini 18-8-2021 02:35 PM
aku pun pikir tapape dorang ni

batak nau LIKE
Quote GegarVaganja 18-8-2021 02:38 PM
Pakai je la apa pun.
Janji kau tak bogel & menyusahkan tukang suntik sudah.

Quote depresio 18-8-2021 02:41 PM
Biar jelah dorg nak hiburkan hati sendiri dan org yag pergi vaksin tu

Bukan kacau petugas pon..
bwnda cam ni pon jadi isu

Hartu pkmpuan tunjuk nenen ko tak kata apa pulak ?
Quote arffa 18-8-2021 02:52 PM
Pakai lah apa pun kang ada yang bogel kat PPV lari lak semua orang dalam tu.
Quote mxsssgi81 18-8-2021 04:01 PM
Bese lah attention seeker.. perhatian di IG, FB tak cukup lg ke nk kene hadap pulak PPV.. Annoying sungguh..
Quote midori_katana 18-8-2021 04:03 PM
Edited by midori_katana at 18-8-2021 04:05 PM
Tunan replied at 18-8-2021 01:06 PM
perempuan yg jad Nun tu uols setuju ke


Pompuan pakai baju nun tu islam ke? Kalau dia islam iols tak setuju.. yg pakai baju kelawaq isteri pun iols tak setuju juga! .. iols suka yg pakai costume t-rex jer.. kikiki
Quote Suchi 18-8-2021 04:05 PM
Jujurin iols pun kurang gemar, macam attention seeker pun ye yelaa demi content juga laa kan.


Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.061876 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top