Selepas bertubi-tubi dihentam dek membuat content tak semenggah berhubung kematian Siti Sarah Raisuddin baru-baru ini, Aisar Khaled meluahkan hasrat mahu berubah ke arah kebaikan.
Menerusi Instastory baru-baru ini, selebriti media sosial meminta orang ramai mendoakan dia terus istiqamah untuk menjadi lebih baik. Dalam masa sama, dia menyatakan kesediaannya memaafkan semua pihak yang bercakap mengenainya sebelum ini. "Doakan saya supaya istiqamah melakukan kebaikan dan mengikuti sunnah Nabi. "Sesiapa yang jual kopiah dan serban boleh DM saya ya, nak hari ini," tulisnya. Dalam kemas kini di IGnya, Aisar juga memuat naik gambar dan video pertemuannya dengan pendakwah kesayangan ramai, Ustaz Ebit Lew yang memberikan nasihat kepadanya serta mendoakan doanya dikabulkan. Proses mencuci nama ke ni? - CARI
|
ADVERTISEMENT