|
Jumlah kes baharu Covid-19 terus mencatatkan peningkatan dengan merekodkan jumlah tertinggi apabila mencatatkan 22,242 kes berbanding 19,631 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif 1,466,512 kes direkodkan setakat ini. "Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 6,858 kes, diikuti Sabah (2,413 kes); Pulau Pinang (1,867 kes); Kedah (1,852 kes); Kuala Lumpur (1,587 kes); Johor (1,477 kes) dan Sarawak (1,403 kes). "Selain itu, Kelantan mencatatkan 1,351 kes; Perak (1,036 kes); Pahang (675kes); Melaka (579 kes); Negeri Sembilan (577 kes); Terengganu (487 kes); Perlis (50 kes); Putrajaya (25 kes) dan Labuan (5 kes)," katanya. -CARI
|
supernaturalee replied at 18-8-2021 04:01 PM
Kn @R2D2 dh bkk





ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.044401 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.