CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kongsi Video Sambal Jawa ‘My Style’ Masakan Terakhir Arwah, Instagram Siti Sarah Akan Kekal Aktif

19-8-2021 06:00 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 7109| Komen: 38




Pejam celik, pejam celik, terasa sungguh pantas masa berlalu pergi meninggalkan kita. Hari ini juga, genap 10 hari arwah Siti Sarah Raissudin meninggal dunia akibat virus Covid-19.

Namun, beberapa jam yang lalu akaun Instagram milik Allahyarham Siti Sarah yang mempunyai lebih 2.8 juta pengikut dilihat berkongsi video masakan terakhir hasil air tangan arwah iaitu sambal Jawa yang mana cukup popular dikalangan peminat Sarah.

Melalui kapsyen di video berdurasi 2 minit 22 saat itu, akaun terbabit kini dikendalikan oleh ahli keluarga Allahyarham. 

Difahamkan, akaun Instagram Sarah akan terus aktif untuk berkongsi segala perkembangan terkini empat anak arwah serta menjadi ruang promosi perniagaan yang diusahakan arwah sebelum ini.


“Assalamualaikum semua peminat dan kawan-kawan arwah Sarah. Kami daripada pihak Shuib dan seluruh keluarga ingin merakamkan ucapan terima kasih atas kasih sayang yang diberikan kepada arwah sehingga ke hari ini.

“Sedar tak sedar, lebih seminggu arwah pergi meninggalkan kita. Kasih sayang yang disemai arwah akan terus diabadikan menerusi akaun Instagram ini dan selepas ini, akaun ini akan digunakan untuk anak-anak serta promosi perniagaan yang diusahakan oleh arwah.

Pengendali akaun tersebut turut memaklumkan masih ada beberapa rakaman video masakan yang belum dimuat naik untuk tatapan peminat.

“Sebelum arwah pergi, arwah sempat merakamkan beberapa video masakan terakhir ‘My Style’ yang memang digemari oleh ramai followers. Untuk pengetahuan semua, arwah memang gigih merakam dan keluarkan idea masakan, semuanya untuk peminat yang disayanginya.

“Jadi, sebagai tanda terima kasih, kami akan kongsikan video-video tersebut khas untuk peminat yang selama ini menyokong. Terus sama-sama doakan dan sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah,” tulis pengendali akaun tersebut.

Di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis memberikan reaksi positif dan turut meluahkan perasaan rindu pada arwah.



Pada 9 Ogos lalu, Sarah menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat Covid-19 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari pada hari yang sama. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote None68 19-8-2021 06:15 AM
Sayu rasa tengok video tu..
Quote wnwa05 19-8-2021 12:21 PM
Banyaknya bahan. Sedap ke sambal ni... Tak pernah try lg
Quote mh17 19-8-2021 01:00 PM
wnwa05 replied at 19-8-2021 12:21 PM
Banyaknya bahan. Sedap ke sambal ni... Tak pernah try lg

Sdp tp brg2 dlm tu dpends pd uols juga,ape yg nak letak
Quote RatuDunia94 19-8-2021 01:30 PM
wnwa05: Banyaknya bahan. Sedap ke sambal ni... Tak pernah try lg


Kat johor kalau ada kenduri wajib ada sambal goreng ni.. dia ada dua. Satu lg yg letak kicap.
Quote red_velvet 19-8-2021 01:33 PM
Kalau yg putih ni sambal goreng Singapore Kami panggil.. kalau yg letak kicap Tu baru sambal goreng jawa. Version arwah ni dia goreng semua Bahan termasuk sayur2 ngan cucuk n suhun Tu. Kalau version i, sayur2 n suhun Tu X goreng, pastu boh santan pekat banyak sikit,buat lembab2 sket.. syok meratah
Quote wnwa05 19-8-2021 02:02 PM
mh17 replied at 19-8-2021 01:00 PM
Sdp tp brg2 dlm tu dpends pd uols juga,ape yg nak letak


jap..memang panggil sambal ke sebab macam sayur campur pulak..pedas ke?


Quote wnwa05 19-8-2021 02:03 PM
RatuDunia94 replied at 19-8-2021 01:30 PM
Kat johor kalau ada kenduri wajib ada sambal goreng ni.. dia ada dua. Satu lg yg letak kicap.


nak kena try jugak ni nampak macam sedap pulak.. mana lah nak cari


Quote NekNgah 19-8-2021 02:36 PM
wnwa05 replied at 19-8-2021 02:02 PM
jap..memang panggil sambal ke sebab macam sayur campur pulak..pedas ke?

Pedas tu terpulang pada selera masing-masing.  Kalau saya memang ada cili besar merah & hijau hiris serong, saja nak beri warna dan sedikit pedas.  Nak lebih pedas hiris hiris cili api.

Tapi kepantangan emak saya anak dara & isteri orang untuk makan petai, jadi memang tak ada petai dalam sambal goreng emak saya.  Kalau versi saya ada juga letak tapi sangat sedikit, sekadar untuk yang nak rasa dan bau petai.
Quote Marylis 19-8-2021 02:46 PM
wnwa05 replied at 19-8-2021 02:02 PM
jap..memang panggil sambal ke sebab macam sayur campur pulak..pedas ke?

haah... mmg dipanggil sambal jawa.. sedap ooo
Quote Sagun36 19-8-2021 03:10 PM
Makan dengan nasi panas2..pergh...tak pandang kiri kanan
Quote jajahoney 19-8-2021 04:34 PM
ooo arwah pun keturunan jawa ek.. ingat soeb je
Quote enchantedlurve 19-8-2021 04:40 PM
sedapnyee sambal goreng.. alahai sejak tak leh rentas ni, rindu masakan mak..
hopefully plg lewat pn, october nnt kasik lah rentas daerah pn xpe..

Semoga arwah Sarah tenang di sana..
Quote Suchi 19-8-2021 04:43 PM
jajahoney replied at 19-8-2021 04:34 PM
ooo arwah pun keturunan jawa ek.. ingat soeb je

Arwah bukan org jawa, ayah dia perak mak dia orang terengganu.
Belah soeb la kot jawa ke banjar tak pasti.

Dia selalu cakap teganu dalam video2 memasak dia.
Quote Suchi 19-8-2021 04:47 PM
Sagun36 replied at 19-8-2021 03:10 PM
Makan dengan nasi panas2..pergh...tak pandang kiri kanan

Iols suka sambal goreng jawa walaupun bukan org jawa sbb suka makan sayur2 tu kan.
Selalu sehari sblm raya/puasa jiran iols org jawa akan hantar satu talam juadah apatah dia panggil ada ketupat nasi, sambal jawa dan lain2 lagi.
Ahhh dapnya tiba rasa nak makan lontong kering laa selalu ada sambal jawa sekali.
Quote Pikapikachu 19-8-2021 06:07 PM
Ni lauk wajib time raya ni.. sedapnya.. nanti nak buat laa
Quote Katanya 19-8-2021 06:23 PM
Sambal goreng jawa ni mmg universal. Masuk apa je yg ada insha Allah menjadik. Asalkan ada sayur n bahan protein. Lazimnya mmg kena ada suhun, kacang panjang, Tempe tauhu.. klu xde goreng je apa yg ada.. sebab nya konsep sambal jawa ni gabung sayur2an.. nyum
Quote jajahoney 19-8-2021 06:39 PM
Suchi replied at 19-8-2021 04:43 PM
Arwah bukan org jawa, ayah dia perak mak dia orang terengganu.
Belah soeb la kot jawa ke banjar t ...


ooo ingatkan jawa sebab tak pernah tengok arwah masak


Quote kikiharris 19-8-2021 06:42 PM
Sambal goreng.
Beraya rumah org Johor mmg confirmed ada lah.
Ratah mcm tu je pun best!
Quote Mopiko 19-8-2021 07:05 PM
nampak sedap pulak. dah la lapar ni

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.127341 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top