|
Teka-teki kerajaan mana yang bakal menerajui kepimpinan negara semakin terjawab apabila ada antara Ahli Parlimen sudah memberi bayangan. Terbaru, Ahli Parlimen Bachok, Datuk Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz memberi bayangan bakal memakai songkok esok.
“Sekali sekala bersongkok, isteri kata amat lelaki.. Esok saya pakai insya-Allah,” tulisnya di Facebook malam tadi. Orang ramai turut mengucapkan tahniah dan selamat kembali berkhidmat dan berharap kabinet baharu yang bakal dibentuk membawa keselamatan dan kejayaan kepada negara. “Semoga YB istiqomah, cukup bermain politik. Rakyat dan negara perlu diutamakan ketika ini. Sama-sama pemimpin jayakannya,” ujar KhaimanMan. -CARI
Sumber: Kosmo |


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.037477 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.