CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sehari Kerja Dapat RM15 Je- Dua Minggu Ikat Perut, Dua Minggu Boleh Makan

19-8-2021 09:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2045| Komen: 12

KOTA BHARU: Dua minggu ikat perut, dua minggu lagi baru dapat makan seperti biasa.

Itu ‘rutin’ ibu tunggal, Mariam Mat Deris, 60, pada setiap bulan bersama dua anak berusia 21 dan 12 tahun di Kampung Sabak, di sini yang terpaksa berjimat cermat sejak pandemik melanda negara tahun lalu.


Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mariam berkata, disebabkan pandemik, pendapatan dia dan anaknya yang berusia 21 tahun terjejas teruk kerana mereka tidak dapat keluar bekerja seperti biasa.


Foto: Utusan Online

Dia yang menghidap batuk berdarah bekerja di kilang keropok tidak jauh dari rumah mereka dengan pendapatan RM15 sehari manakala anak sulungnya sekadar mengambil upah melakukan kerja-kerja kampung dengan pendapatan tidak menentu.


“Saya bersyukur menerima sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM100 sebulan, namun wang ini cukup untuk beli bekalan makanan kami tiga beranak sekitar dua minggu sahaja setiap bulan.

“Jadi kami terpaksa berjimat cermat dengan cara makan berlaukkan telur goreng atau rebus untuk dua minggu berikutnya sehinggalah wang bantuan JKM masuk pada bulan berikutnya,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Mariam, nasib mereka tiga beranak berubah selepas dia terpaksa mengerah kudrat tidak seberapa untuk menyara keluarga seorang diri, selepas ditinggalkan suami, kira-kira 10 tahun lalu.

“Saya kuatkan diri melakukan kerja berat walaupun menghidap penyakit batuk berdarah. Disebabkan penyakit ini, saya selalu keluar masuk wad Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II),” katanya.

Nasib keluarga itu mendapat perhatian Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kelantan yang meluangkan masa menyantuni mereka di Kampung Sabak dan menyampaikan sumbangan barangan keperluan serta wang tunai, baru-baru ini.

Pihak MCPF diwakili Bendaharinya, Azian Othman dan Pengerusi MCPF Gua Musang, Che Ibrahim Che Ismail turut menyampaikan sumbangan sama kepada sembilan lagi keluarga memerlukan di sekitar kampung tersebut.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh menghubungi Mariam sendiri menerusi talian 017-8307806. –CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote emera 19-8-2021 09:05 AM
Acik 60 tahun, anak no 2 tu 12 tahun?
Quote slyfynx 19-8-2021 09:32 AM
Wait, anak 12 tu anak kandung ke anak tiri ke anak angkat?
Die bersalin umur 48 ke?
Quote bulalof 19-8-2021 10:52 AM
kasihannya masih ramai rakyat yg susah namun wakil rakyat x peduli.

nak dekat PRU next year mesti mencurah2 bantuan dan janji2 manis meleleh di bibir...
Quote iamaprettygirl 19-8-2021 12:18 PM
愿这世界没有穷人,人人都是平等的 阿弥陀佛  
Quote becir 19-8-2021 12:21 PM
Batuk berdarah keje kilang makanan?
Quote zehra2 19-8-2021 12:22 PM
$100 je ke JKM bagi?
Quote jas7512 19-8-2021 12:58 PM
Sbb kat kelantan kot dan kiranya tanggungan pun srg je..sbb tu dpt rm100 tapi i terinsaf sekjp....huhu sbb kdg2 rm100 tu duit mknan i utk sehari je....kasihan kat makcik ni...
Quote imanjannah 19-8-2021 12:59 PM
semoga Allah mudahkan
Quote kemaruk 19-8-2021 01:01 PM
wei dah kenapa banyak tulisan cina

pastu dari akaun berbeza

Quote kemaruk 19-8-2021 01:02 PM

Quote MarryPottet 19-8-2021 02:25 PM
Edited by MarryPottet at 19-8-2021 02:30 PM

Kalau ada peluang elok acik pindah dok palestin je kalau nak dibantu sebab pemimpin di negeri acik lebih sebok nak tolong rakyat palestin sampaikan sanggup gadai koleksi berharga beliau untuk palestin
Screenshot_2021-07-20-10-34-26-963.jpg
Quote mclaren 19-8-2021 02:33 PM
bulalof replied at 19-8-2021 10:52 AM
kasihannya masih ramai rakyat yg susah namun wakil rakyat x peduli.

nak dekat PRU next year mesti ...

Hmmm lambat lagi tu lqgi 3 tahun

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.227271 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top