CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Terkejut Pramugari Suruh Gam Pelitup Muka Anak 2 Tahun

19-8-2021 02:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2622| Komen: 13

Seorang wanita naik angin apabila kru pesawat Southwest Airlines mengarahkan dia meletakkan gam pada pelitup muka anaknya.

Budak perempuan berusia dua tahun itu dikatakan enggan memakai pelitup muka semasa penerbangan dari Florida ke Virginia, lapor Daily Mail.



Kredit foto: IG Ali

Ali Cleek menaiki pesawat dari Orlando ke Norfolk, Virginia minggu lalu apabila anaknya, Drew mula menangis dan enggan memakai pelitup muka.

Menurut Cleek, anaknya mahu menggigit jarinya kerana itu merupakan cara menenangkan dirinya.

Katanya, kru pesawat tiba-tiba memberikan dia dua pilihan sama ada menebuk lubang dalam pelitup muka atau meletakkan pelekat pada muka anaknya.

“Saya terus tergamam dan masih terperanjat. Saya tahu memakai pelitup muka adalah arahan kerajaan dan saya menghormatinya.

“Namun, dalam situasi tertentu kita perlu mempunyai belas kasihan dan berbudi bahasa,” luahnya dalam Instagram.


Menerusi temu bual dengan Fox News, Cleek menyifatkan dirinya sebagai seorang yang mematuhi undang-undang dan bukannya anti terhadap pemakaian pelitup muka.



Insiden itu membuatkan ibu dua anak itu dirundung kesedihan.

Jelasnya, semasa kejadian itu, dia dan suaminya berusaha menenangkan anaknya dan cuba memakaikan pelitup muka tersebut semasa dua pramugari berdiri di hadapan mereka.


Sumber: Utusan

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellejo 19-8-2021 02:53 PM
yg sebenarnya tak penah diajar kan?


Quote Babai 19-8-2021 03:04 PM
ellejo replied at 19-8-2021 02:53 PM
yg sebenarnya tak penah diajar kan?

Tau buat anak saje
Quote sharlenetexas 19-8-2021 03:17 PM
Kalau pramugari kat Malaysia lagi teruk kena hencap.
Quote edayildiz 19-8-2021 03:19 PM
nngis pun comel..mmg gitu ke? xdek anak xtau
Quote OyenLemas 19-8-2021 05:06 PM
2tahun pun hisap jari ke. latih dr rumah pakai mask yg betul. kalau x. dah jgn bawak jalan. duk diam2 kt umah
Quote lazim 19-8-2021 06:24 PM
xmnt bdk mngada2.. elok je bdk2 kecik lain yg hidup time pndemik tahu kne pki mask.. mcm pki spender nk klr pki spender. nk klr pakai mask.. haa drg pon reti
Quote sukacactus 19-8-2021 06:56 PM
edayildiz replied at 19-8-2021 03:19 PM
nngis pun comel..mmg gitu ke? xdek anak xtau

Toddlers, teran berak pun comey dik!
Quote 266799eMkaY 19-8-2021 09:45 PM
Emak budak pun bingai. Stewardess tu dabel bingai.
Quote faraway1 19-8-2021 11:06 PM
Bukan semua negara wajibkan bebudak pakai mask.

Even my daughter tak pernah pakai mask sepanjang pandemic kalau pergi sekolah..
Ada certain tempat cam hospital sekali.. Tu ajelah..

Cuma tahu kalau naik plane kena pakai, sebab tu kami duduk de diam aje, tak pergi tempat yang budak kecil kena pakai mask.
Quote adeqbun 19-8-2021 11:13 PM
2 thn mane phm ape2 .sesak la nafas..better pakai faceshield lg slamat..mak pon bingai time2 gini bawak naik flight
Quote Megikari 20-8-2021 07:01 PM
Dah tau nak naik flight, apesal tak latih pakaikan dari awal. Sama la mcm kawan aku gi aussie, kena saman sebab anak taknak duduk kat carseat pastu meroyan kat fb
Quote supernaturalee 20-8-2021 09:09 PM
Comel nya drew
X biasa mmg la die xnk, rimas lh tu

Quote missDollie 20-8-2021 09:28 PM
Airlines letak syarat camtu makna kata nak tolak secara halus la penumpang baby ni. Pandai2 la adjust schedule.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.055924 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top