CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sabtu Ini Hari Bahagia Remy, Ezza

19-8-2021 09:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 25954| Komen: 167

Selepas hasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Ezza Yusof yang sepatutnya direalisasikan sekitar Aidilfitri lalu terpaksa ditangguhkan, pelakon Remy Ishak, 39, akan menamatkan zaman bujang Sabtu ini.


Menerusi pengumuman dalam satu acara program televisyen di Astro Ria, pemilik nama lengkap, Mohammad Zalimei Ishak itu mengesahkan perkara tersebut.


Kredit foto: Malay News

“Kedua-dua belah pihak dah bersetuju dan kalau tiada aral melintang, majlis akan berlangsung pada 21 Ogos (Sabtu) ini. Insya-Allah.

“Akan bernikah di masjid sekitar Kuala Lumpur dengan hanya dihadiri beberapa orang mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

“Kalau boleh memang nak buat majlis dalam suasana terbuka, ada kawan-kawan dan sebagainya tapi tak boleh. Insya-Allah, selepas semua dah okey nanti dan dibenarkan buat majlis, Insya-Allah kami akan buat,” katanya.


Terdahulu, Remy mendedahkan kepada Kosmo! Online, kalau bukan sebab penularan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berpanjangan, dia sudah bergelar suami kepada Ezza Mei lalu.

Kata Remy, dia sebenarnya telah membuat perancangan awal untuk menikahi bekas tunangnya, Ezza Yusof pada Mei lalu, iaitu selepas sambutan Aidifitri sempena menyambut bulan kemenangan bagi umat Islam.


Kredit foto: Harian Metro

“Sebenarnya saya patut berkahwin tahun ini tetapi pandemik kacau. Kemudian, tidak lama menjelang hari perkahwinan yang telah ditetapkan, PKP disambung kembali dan menyebabkan perancangan itu tertangguh sehingga sekarang.

“Saya pun nak kahwin masa bulan Syawal sempena orang cakap, meraikan hari kemenangan Islam. Saya rasa semua tahu, perhubungan saya dengan Azza ada pasang surutnya dan pernah putus tunang namun bercantum kembali.

“Saya ingatkan nak bina masjid pada bulan Syawal selepas ombak, segala badai di lautan yang kami tempuhi sebelum ini, tapi apakan daya, perancangan Allah itu lebih besar dari kehendak kami,” kata Remy kepada Kosmo! Online.

Hujung Mac lalu, pelakon berkulit hitam manis itu meraikan hari jadi bekas tunangnya Ezza dengan menganjurkan majlis hari jadi di sebuah restoran sekali gus memberi bayangan bahawa hubungan cinta mereka kembali berputik. 


Sumber: K! ONLINE
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lilydandelion77 19-8-2021 09:02 PM
Kecewa.... terkilan akuuuuu
Berjodoh jua wowooooo
Berjodoh juaaaaaa aaaaaaaaa
Quote Dadadi 19-8-2021 09:05 PM
Alhamdullilah.. Berjodohan mereka.
Quote hasniey 19-8-2021 09:06 PM
Akhirnya..semoga kekal hingga syurga
Quote Shayang 19-8-2021 09:10 PM
Lebih kurang anniversary ngn ctdk la ye?
Quote haznor 19-8-2021 09:13 PM
Bagus la bang wemy, ada yg boleh jagakan min minum. Kongsi bantal. Nampak kepam sgt dah lately.
Quote rosannazmia 19-8-2021 09:13 PM
Alhamdulillah .. xkan harian metro berani post kalu x betul kan tahniah wemy n ezza..
Quote Shayang 19-8-2021 09:14 PM
lilydandelion77 replied at 19-8-2021 09:02 PM
Kecewa.... terkilan akuuuuu
Berjodoh jua wowooooo
Berjodoh juaaaaaa aaaaaaaaa

Jgn sedih, untung ezza tu dapat suami yg bujang lagi bukan duda mahupun suami org.
Selalunya payah nak cari yg lelaki umur baya2 ni masih bujang kebanyakkannya dah jd bapak org belaka.
Quote Mawar91 19-8-2021 09:21 PM
Harap lepas kwen nti klu berlakon dengan Mira Filzah jgn buat perangai da laa
Quote innocentsangat 19-8-2021 09:22 PM
Alhamdulillah. Hopefully takda berita tak enak lps ni.
Quote nakkomenjugak 19-8-2021 09:24 PM
Bagus laaa ..
Quote samshik 19-8-2021 09:25 PM
Ok noted. Next!!
Quote kiah_mai_pulak 19-8-2021 09:27 PM
pkp ni elok lah berpasangan, bujang2 sorang diri pishanggg
Quote MsOryzaa 19-8-2021 09:35 PM
Hehe.. Akhirnya p mai p mai kat bekas tunang tu jugak. Alhamdulillah kalau berita ni betul. Selamat pengantin baru bam wemy!
Quote bambimo 19-8-2021 09:36 PM
Edited by bambimo at 19-8-2021 11:45 PM

Ezza always dgn dia kan? Cm best fren.. Dia celebrate birthday suprise kan baru2 ni.. Happy for both of them. Dah trtulis jodoh nya.. Tahniah
Quote menjad 19-8-2021 09:36 PM
Untonglah dapat wemy... Mabeles gitu kannnn


Berjodoh jua akhirnya
Quote qwen_luna 19-8-2021 09:38 PM
haznor replied at 19-8-2021 09:13 PM
Bagus la bang wemy, ada yg boleh jagakan min minum. Kongsi bantal. Nampak kepam sgt dah lately.

Kepam lately tu kelakooo
Quote nsmy 19-8-2021 09:40 PM
Tahniah.....
Quote love_warrior 19-8-2021 09:43 PM
Finally kepunyaan kaka kasoot
Quote miracle_forever 19-8-2021 09:50 PM
lilydandelion77 replied at 19-8-2021 09:02 PM
Kecewa.... terkilan akuuuuu
Berjodoh jua wowooooo
Berjodoh juaaaaaa aaaaaaaaa

hahahaha dah kenapa chuols.. berkenan dgn abam wemy ke? akhirnya kawen jua abam wemy

Lihat semua komen(167)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.148824 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top