CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Malaysia Dipengaruhi Politik Peras Ugut Bercorak Kumpulan Mafia'

19-8-2021 10:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3517| Komen: 29

Sokongan bersyarat yang dikenakan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan didakwa bertentangan dengan titah Yang di-Pertuan Agong.


Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar berkata, penetapan syarat seperti dinyatakan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan parti gabungan itu ‘membohongi’ Yang di-Pertuan Agong.


Kredit foto: mykmu

Ini, katanya, bermakna kerajaan yang bakal dibentuk oleh Ismail Sabri jika terpilih sebagai Perdana Menteri kesembilan tidak akan stabil dan kucar kacir politik akan berulang.

“Oleh itu, satu proses baharu perlu dicari oleh Yang di-Pertuan Agong bagi menjamin Perdana Menteri yang dilantik nanti seorang yang tidak takut dengan peras ugut politik dalaman seperti yang berlaku dan tidak terikat dengan kepentingan politik parti sendiri.


“Saya percaya dengan syarat dan ugutan yang dibuat oleh PN kepada Ismail Sabri menjadikan Malaysia sedang dipengaruhi oleh politik peras ugut yang bercorak kumpulan mafia.



“Saya percaya berasaskan pergolakan politik dalaman UMNO sebelum kejatuhan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sudah tentu Ismail sabri berdepan dengan peras ugut dan syarat yang tidak dilafaskan oleh kumpulan Presiden UMNO,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media melaporkan, Muhyiddin berkata, sekiranya Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau hendaklah memastikan Ahli Jemaah Menteri yang bakal dilantik nanti terdiri daripada mereka yang berintegriti, beramanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah di mahkamah.

Kerajaan PN bawah pimpinan beliau juga mestilah meneruskan amalan menghormati prinsip pengasingan kuasa, melindungi kebebasan badan kehakiman dan menjunjung konsep Raja Berperlembagaan.




Beliau berharap, proses pelantikan perdana menteri yang baharu dapat berjalan lancar dan dimuktamadkan dalam masa terdekat menurut kehendak Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Mahfuz, beliau memohon kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum membuat keputusan perlu melihat perkara itu sedalamnya demi masa depan kesejahteraan Malaysia. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ayahibu85 19-8-2021 10:56 PM
Tuu dia
Mai dahhh grup2 PHancing nak pecah belahkan Umno-bersatu
Takpe i kasik bongkar satu persatu
Sementara hijab i terbuka nampak permainan politik PHancing
Quote noor2 19-8-2021 11:00 PM
Mmg betul pun....nk dapat sokongan adalah sokongan bersyarat....realiti
Quote nakkomenjugak 19-8-2021 11:18 PM
well you know it
Quote spicygirl3 20-8-2021 03:36 AM
Mahyiadin saja sabotaj parti dia sendiri
Quote alesandra 20-8-2021 04:36 AM
spicygirl3 replied at 20-8-2021 03:36 AM
Mahyiadin saja sabotaj parti dia sendiri

Dia seorg machiavellian sejati
Quote spicygirl3 21-8-2021 03:01 PM
alesandra replied at 20-8-2021 04:36 AM
Dia seorg machiavellian sejati

Kita tengok apa your tindakan dia yang seterusnya. Dont count him out yet
Quote spicygirl3 21-8-2021 04:46 PM
[quote]spicygirl3: Kita tengok apa ya tindakan dia yang seterusnya. Dont count him out yet
Quote Skuau 21-8-2021 04:52 PM
udh ni politik....apa nk heran...
Quote spicygirl3 21-8-2021 04:54 PM
Agree! Macamana nak move forward ? I rasa the only way is election
Quote TeropongThaico 21-8-2021 05:29 PM
Mula dahhh
Quote stingerlympics 21-8-2021 05:36 PM
spicygirl3 replied at 21-8-2021 04:54 PM
Agree! Macamana nak move forward ? I rasa the only way is election

Dah macam lama sangat since the last elections kita dapat dua pasang kain pelikat cop gajah sujud dan sejadah dari para politaiks kheunz?

Tasabar rasanya nak tunggu pru15 mai


Kahkahkahkahkahkah
Quote cmf_Arwen 21-8-2021 05:37 PM
Edited by cmf_Arwen at 21-8-2021 05:41 PM

salah ke syarat2 tu...abis tu nak biar je mail sabri lantik kluster mahkamah jadi menteri, masuk campur keputusan mahkamah etc2...lain la kalau dia bagi syarat supaya lantik ahli bersatu jadi tpm atau bagi jawatan2 tertentu, tu baru logik kalau nak bangkang pun...aduhaiiii
Quote stingerlympics 21-8-2021 05:37 PM
noor2 replied at 19-8-2021 11:00 PM
Mmg betul pun....nk dapat sokongan adalah sokongan bersyarat....realiti

Jogging pagi tadi berapa round?

Kau pakai sports bra yg aku belikhen tak?
Quote spicygirl3 21-8-2021 05:47 PM
stingerlympics replied at 21-8-2021 05:36 PM
Dah macam lama sangat since the last elections kita dapat dua pasang kain pelikat cop gajah sujud  ...

Hahaha ok la dapat jugak. Kat sini tak dapat apa pun. Tapi takpe la kita pun tak nak azmin ali dan zuraidah dah pun. Pergi la main jaih jauh
Quote stingerlympics 21-8-2021 05:59 PM
spicygirl3 replied at 21-8-2021 05:47 PM
Hahaha ok la dapat jugak. Kat sini tak dapat apa pun. Tapi takpe la kita pun tak nak azmin ali dan ...

Kau memang suka goodiebags dari politaik aja...yg tak beri kau pangkah...

Kahkahkahkahkahkahkah
Quote spicygirl3 21-8-2021 06:01 PM
stingerlympics replied at 21-8-2021 05:59 PM
Kau memang suka goodiebags dari politaik aja...yg tak beri kau pangkah...

Kahkahkahkahkahkahkah

Macam tu la orang bijak main politik heheheehehee
Quote stingerlympics 21-8-2021 06:02 PM
spicygirl3 replied at 21-8-2021 06:01 PM
Macam tu la orang bijak main politik heheheehehee

Kiri kanan masyukkkkkkk kheunz?

Burrrppppp

Kahkahkahkah
Quote spicygirl3 21-8-2021 06:42 PM
stingerlympics replied at 21-8-2021 06:02 PM
Kiri kanan masyukkkkkkk kheunz?

Burrrppppp

Orang nak beri kita terima la kan. Tak baik kalau rejek. Time vote.. sukahati aku la
Quote stingerlympics 21-8-2021 06:46 PM
spicygirl3 replied at 21-8-2021 06:42 PM
Orang nak beri kita terima la kan. Tak baik kalau rejek. Time vote.. sukahati aku la

Betul... kita harus bersangka baik atas pemberian org kheunz?...walaupun dibelakang chop kain pelikat tersebut diselitkhen dgn nota kecil ...ingat kain pelikat ini..ingatla saya dipeti undi....


Kahkahkahkahkah

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.454465 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top