|
Impian usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri untuk bergelar seorang wakil rakyat dan memegang jawatan perdana menteri (PM) bukanlah angan-angan kosong atau sekadar gimik semata-mata.
Aliff, 35, berkata, perkara itu sudah lama difikirkan dan menganggap sekarang merupakan saat yang sesuai untuk merealisasikan cita-cita itu. Tambahnya lagi, dia bersedia mencuba nasib bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang. "Siapa yang kata gimik? Saya memang menaruh harapan nak masuk politik. Ikhlas dari hati memang saya serius nak mencuba bidang politik selepas ni. "Kalau boleh saya nak jadi calon dalam pilihanraya umum (PRU) akan datang, seterusnya diangkat memegang jawatan perdana menteri. Saya yakin saya mampu membawa tugas PM dengan baik!
"Aku serius ni tau... bukan main-main. Dekat luar negara pun ramai sahaja PM dan presiden yang dilantik dalam kalangan ahli perniagaan," katanya kepada mStar.
|
akuHavocczz replied at 20-8-2021 11:28 AM
Tok.. tok kasi bantuan 100 ribu sorang, saya confirm undi dato

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.039731 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.