Bukan alasan untuk meninggalkan solat walaupun sibuk bekerja dan tiada tempat untuk solat kerana ibadat itu boleh dilakukan di mana sahaja jika cukup syarat sahnya.
Itulah reaksi orang ramai apabila melihat klip video ‘aksi’ seorang penghantar makanan sedang menunaikan solat di sebuah kawasan lapang di atas jalan raya. Klip video berdurasi 59 saat yang dikongsi seorang pengguna dikenali sebagai Ajak Shiro itu memaparkan seorang lelaki sedang menunaikan solat di sebuah kawasan lapang di tepi jalan. Pada masa sama, terdapat sebuah motosikal yang lengkap dengan beg penghantar makanan berdekatan lelaki terbabit. Menurut Ajak Shiro, semasa dalam perjalanan pulang dari pejabat ke rumah, dia terserempak dengan lelaki terbabit sedang menunaikan solat.
“Kebetulan keadaan sunyi waktu tu, jadi saya tolonglah jagakan belakang abang tu takut kalau-kalau anjing liar datang kacau. “Sebelum habis dia bagi salam saya terus jalan, mungkin abang ni tak tahu Ajak rakam dia. Maaf bang, tau abang tak nak tunjuk, tapi saya kagum dan saya yang nak kongsi, sama-sama kita doakan rezeki abang ni,” tulisnya di laman Facebook. Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna laman Facebook turut kagum dan memuji penghantar makanan tersebut yang tidak lupa untuk menunaikan solat walaupun sibuk mencari rezeki seharian. “Tanggungjawab pada yang Esa itu lebih penting, barulah berkat rezekinya, tak kira walau atas gunung sekali pun,” tulis Azizah Binti Saamah Azizah. “Alhamdulillah ya Allah atas nikmat yang kau berikan pada kami, video ini mengajar kita agar tidak sombong dengan nikmat yang diberikan, kerana segalanya datang dari Allah SWT,” ujar Iqbal Ismail pula. -CARI Sumber: Kosmo
|
sepiITUindah replied at 20-8-2021 12:07 PM
patutnya yg tak solat viral
stingerlympics replied at 20-8-2021 12:31 PM
Kau nak viral org yg tak solat...macam mana?
Kasi aku satu scenario
sepiITUindah replied at 20-8-2021 12:33 PM
cuba tanya anak jiran ko yg umur 3 tahun.. sebelah kiri kat depan tu
Nenolen replied at 20-8-2021 12:11 PM
Alhamdulillah...solat nie perkara paling susah nak buat...
sepiITUindah replied at 20-8-2021 12:07 PM
patutnya yg tak solat viral
ira_229 replied at 20-8-2021 01:54 PM
kenapalah nk rasa bangga sampai kena viral padahal benda wajib pun...
ADVERTISEMENT