CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dera Budak OKU: Pengasas Rumah Bonda Didakwa, Mengaku Tak Bersalah

20-8-2021 01:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8107| Komen: 75

Susulan kes membabitkan kanak-kanak perempuan Sindrom Down yang menggemparkan negara baru-baru ini, pengasas Rumah Bonda dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat.


Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali mengaku tidak bersalah berhubung pertuduhan mengabaikan kanak-kanak perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun sehingga mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Tertuduh yang berusia 29 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Izralizam Sanusi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kanak-kanak itu telah mengabaikannya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi.


Foto: mStar Online


Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah unit di Irama Wangsa Kondominium di Wangsa Maju antara Februari hingga Jun lalu.

Atas pertuduhan itu, Siti Bainun yang aktif dalam sebuah parti politik didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Noor Shakira Aliana Alias mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM20,000 berserta syarat tidak mengganggu hubungan mangsa atau saksi, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan.

"Kes ini termasuk dalam kes berkepentingan awam malah sesuai dengan hasrat kerajaan untuk melindungi kanak-kanak yang juga orang kurang upaya (OKU) dan mendapat liputan meluas di media.

"Mangsa dalam kes ini merupakan seorang OKU Sindrom Down selain tertuduh terbabit dalam kegiatan politik,” katanya. - CARI

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ainashiqa 20-8-2021 01:50 PM
Kt akhirat kau tak bileh lari oii
Quote Burong_Hantuk 20-8-2021 01:55 PM
All the best yer dekkk
Quote LadyCarefree 20-8-2021 01:59 PM
I think she can pay 50k no prob kalau sabit kesalahan. Haih.
Quote KucingBisu 20-8-2021 02:00 PM
Larat ke dia nak lari tu {:cryrun
ainashiqa: Kt akhirat kau tak bileh lari oii

Quote Gianna111 20-8-2021 02:01 PM
nak mencarut la rasa nya..tapi  nanti mode deductpoint lak lol..


Quote Kitty_catz 20-8-2021 02:08 PM
wow montel..
Quote Kurex 20-8-2021 02:13 PM
Kuruskan la badan kau. Nanti nak duduk antara dua sujud & sujud susah.. kesian jari kaki kau tu..
Nak ruku' pun susah, sebab lemak halang..
Quote mama_neko 20-8-2021 02:19 PM
dia aktif parti politik apa?
Quote laksmanabentan 20-8-2021 02:22 PM
takde bukti yg kukuh kot...
Bella pun tak boleh cakap kann...
hihhihi... ada chance boleh terselamat nih..
yang penting pihak peguambela boleh membuktikan wujudnya keraguan gitu..
hihihiihhihi.....
sebab tu didakwa atas kecuaian aja tuh....
good job peguambela...
Quote samperit 20-8-2021 02:33 PM
mama_neko replied at 20-8-2021 02:19 PM
dia aktif parti politik apa?

puteri umno
Quote mama_neko 20-8-2021 02:36 PM

owh... patutla... harap dia kena hukuman setimpalnya la...
Quote Nuyak 20-8-2021 02:49 PM
Baru 29 tahun ke? nak ber bonda2 bagai.. tak sesuai la org tak berapa matang nak urus rumah2 perlindungan..bukan nak under estimate tapi tu la, tengok la apa jadi....
Quote noor2 20-8-2021 03:32 PM
Udah mcm.godzilla
Quote Olumis 20-8-2021 04:06 PM
Badan gemuk sangat kak oii. Ni kalau kena covid confirm...... korang sambung la sendiri.
Done bodyshaming
Quote mclaren 20-8-2021 04:08 PM
noor2 replied at 20-8-2021 03:32 PM
Udah mcm.godzilla

4x kak noor rasanya tu kot
Quote noor2 20-8-2021 04:12 PM
mclaren replied at 20-8-2021 04:08 PM
4x kak noor rasanya tu kot

Tak tau...hehe...x pernah jumpa depan2...
Quote babyLON. 20-8-2021 04:18 PM
Apa dia makan bole gemuk camtu. Aku makan mcm mana pun berat tetap gitu jugak.
Quote Lentera 20-8-2021 04:58 PM
Olumis replied at 20-8-2021 04:06 PM
Badan gemuk sangat kak oii. Ni kalau kena covid confirm...... korang sambung la sendiri.
Done bodys ...

Wehhh dia dh kena covid dh pun masa dia kena covid tu dia kena kuarantin kat mana ntah so kawan dia (saksi kes) ambil peluang cari bella kat kondo dia. Tu yg kantoi
Quote Lentera 20-8-2021 04:59 PM
Harapnya tak terlepas la. Hari tu dia ckp bella cedera dirinya sendiri. Tak kan laaa

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.125691 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top