Polis menyiasat dua lelaki memakai gelang merah jambu yang melanggar arahan kuarantin wajib dengan keluar membeli makanan di Taman Sierra Perdana, Masai, Pasir Gudang. KHarian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video berdurasi 1 minit 32 saat memaparkan dua individu terbabit keluar dari rumah.
"Berikutan tular video suspek itu, siasatan lanjut dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam. "Kedua-dua individu tempatan berusia 23 dan 46 tahun itu berjaya dikesan. Mereka adalah kontak rapat kepada pesakit Covid-19 dan diarahkan menjalani kuarantin bermula 14 Ogos lalu hingga Selasa ini," katanya. Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira 8 malam pada 18 Ogos lalu itu disiasat mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan.
Suspek boleh dikompaun RM5,000 manakala Seksyen 269 Kanun Keseksaan pula membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Mereka akan dipanggil bagi membantu siasatan selepas selesai menjalani arahan perintah kuarantin wajib. - CARI |
ADVERTISEMENT