Nampak segak Remy Ishak, 40, menyarung persalinan baju Melayu serba putih berserta songkok. Berkongsi di Instagram Story dengan lafaz ???Bismillahirrahmanarrahim???, pelakon itu difahamkan dalam perjalanan menuju ke Masjid Negara, lokasi bakal berlangsungnya upacara pernikahan bersama pilihan hatinya, Ezza Yusof.
Terdahulu di Twitter, Remy meluahkan rasa gementarnya bakal bergelar suami orang. Dalam masa sama, dia agak sedih apabila hari bahagianya tidak dapat dikongsi bersama keluarga terdekat lain. Pun begitu, Remy akur demi keselamatan ramai daripada dijangkiti wabak Covid-19. "Tapi yang sedihnya, masa kakak, Erol dan Daus nikah aku selalu ada. Kena jaga keluarga, tapi bila waktu aku, Covid-19 memang kejam. Allah lebih Maha Mengetahui,??? ciapnya. Semoga kebahagiaan Remy dan Ezza berkekalan. - CARI
|
sukacactus replied at 21-8-2021 02:01 PM
Dulu masa belum covid ko xnak nikah so gitu la
Eliadaisy83 replied at 21-8-2021 02:37 PM
Nape iol nampak cam wemy terpaksa je kwen dgn ex tunang dia ni..takkan nak tunggu si basic tu lg..ai ...
ADVERTISEMENT